BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Tharman adakan lawatan negara pertama ke Malaysia

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Presiden Tharman adakan lawatan negara pertama ke Malaysia​

screenshot_2026-07-12_105456.jpg

Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada 5 September 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

SINGAPURA: Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia dari Ahad (12 Jul) hingga 15 Julai atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ia merupakan lawatan negara pertama Encik Tharman ke Malaysia, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa lawatan itu menyusuli lawatan negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada Mei 2024.

IKLAN

Sepanjang lawatan tersebut, Encik Tharman akan mengadakan beberapa pertemuan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Encik Tharman akan disambut dalam satu istiadat rasmi di Istana Negara dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, yang akan turut menjadi tuan rumah bagi jamuan negara.

Ketua negara Singapura itu juga akan menerima kunjungan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, menurut MFA.

Encik Tharman juga akan bertemu dengan para pemimpin sektor ekonomi dan kewangan di Kuala Lumpur Business Club, berinteraksi dengan para pemimpin perniagaan dalam satu sesi sarapan meja bulat, serta menghadiri satu majlis resepsi bagi warga Singapura yang menetap di Malaysia.

Di Selangor, Encik Tharman akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

IKLAN

Encik Tharman akan diiringi isterinya, Cik Jane Ittogi, Menteri Kemampanan dan Sekitaran merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan Grace Fu, Menteri Negara di Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim serta Datuk Bandar Tengah Singapura Denise Phua.

Anggota Parlimen Nadia Samdin dan Edward Chia, serta para pegawai dari Pejabat Presiden, MFA dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran juga akan menyertai lawatan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register