BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

60 peratus penduduk Perak gemuk

epbx

Super Active Member
Messages
7,015
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
60 peratus penduduk Perak gemuk
TAIPING 19 Mac - Hampir 60 peratus atau kira-kira 1.3 juta penduduk di negeri ini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, antara penyebab kepada masalah kegemukan tersebut ialah berikutan kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal selain tabiat pemakanan yang tidak sihat.

''Statistik menunjukkan 59.5 peratus rakyat Perak mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti

''Ini bermakna seramai 1,309,000 daripada 2,200,000 penduduk negeri ini termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti," katanya.

Beliau berucap sempena melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Changkat Jering di sini, hari ini.

Tiong Lai berkata, rakyat wajar mengamalkan budaya hidup sihat bagi menggelakkan mereka dihidapi pelbagai penyakit berbahaya.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu mencari ruang untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal lain kerana selain dapat menyihatkan badan, ia juga berupaya mengurangkan tekanan.:">
 
nasib baik aku bukan orang perak..
 
adeh
asal pulak orang perak je nih
orang negeri lain plak cemne?
 
Kena jual SIY kat Perak nie :-?
 
ateeeeeeeeeeeee nasib bek teman bukan orghang perok..:)
 
spe org peghak kat sni..
aku nk mintak tips nak gemokkan badan..:)):p
 
Back
Top
Log in Register