BTC USD 81,986.1 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 org cedera ditetak di klang

notrexdame

Passed Away
gemgem
Messages
76,166
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,166
Reaction score
63
Points
525
PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

“Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

“Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abdul Rahim b. Jaafar dalam sidang media pagi tadi menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat.
 
Last edited:
perghhh ngeriiii.. gambo clear plak tu....
 
Cerita lanjut tu tampal sini la trus tt..
Maleh la nk bukak fb tu
 
menakutkan...takkan sebab ustaz ckp pasal serbuk kari depa dok balas mcm ni...celake dan keji kalau betul berita ni
 
Tajuk tu letak la tanda amaran 18sx ker....
 
betoi ke berlaku? puak2 tu takut ke akan berulang insiden segambut?
 
Back
Top
Log in Register