BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 Gambar Termahal Dunia

lau beli pun, no1 ..ada nilai artistik..
 
daripada aku beli gmbr mcm tu baik aku renovate masjid kat kg aku.. dapat gak saham akhirat
 
kalo gambo2 ni lelong kt pasar mlm pn, pikir 2,3 kali nk beli, ni kan plak harga juta2..
 
aku dah komen dah kan... baca balik. Tapi itu dari segi teknikal.

satu lagi pasal dia nampak flat.

kalau dia tak kata gambar tu gamabr sungai rhine, payah orang nak tau tu gambar apa.



gambar ni sama macam gambar Frans Lanting (Camel Thorn Trees, Namibia) yang nampak flat sampai jadi macam lukisan.

Biasanya dalam fotografi orang cuba elakkan untuk sesuatu imej nampak flat.

Kalau boleh biar nampak ada tona-tona yang define objek jadi 3D.

Tapi kalau gambar artistik, people just say f*ck to rules. Tapi bila dah macam tu, payah la pulak nak create flat yang superflat tapi cantik.


Ok bro...skrg gmbr no 2 plak...

Ape yg hebat n seninya....
 
Ok bro...skrg gmbr no 2 plak...

Ape yg hebat n seninya....

nombor 2 tu aku pun tak tau apa yang menariknya...


fotografer ambil gambar tu pengarah filem. dia memang rajin buat filem arts.

tapi, aku pun tak faham apa yang menarik pasal gambar tu.

yang lain semua okay.

nombor 3 tu lawa.

nombor 4. tu pun smart, composition menarik, ada mesej. Photography version of graphic arts moden yang suka guna tema commercialism/consumerism yang biasanya guna teknik kolaj.

nombor 5. tu ada faktor sejarah teknikal fotografi, gambar lama, dengan segala limitation kamera dan filem waktu tu dia boleh ambil gambar berwarna sebelum color photography jadi mainstream dan commercially available. Belum lagi dengan sensitivity filem waktu tu yang sangat lambat (slow film), apatah lagi dengan menggunakan filem yang besar (large format) lagi lah lama exposure dia kena buat. Ia gambar yang istimewa dalam dunia fotografi.

nombor 6. Dude, it's Billy The Kid, legenda koboi. Siapa dulu layan tv series Pony Express zaman 90an kenal la mamat ni.







paling justified dengan harga adalah nombor 5, pada aku la.

tapi paling aku berkenan no. 1.












Dude, ada client yang sanggup upah photographer ambil gambar, dengan harga dalam lingkungan USD enam angka.

Production dia macam orang buat filem dah, sampai tutup jalan, paksa syarikat elektrik bukak lampu jalan tengah-tengah hari, siap dengan kren segala. Semuanya hanya untuk 3 keping gambar.

Jangan hairan ada yang sanggup bayar jutaan dollar.
 
Last edited:
sebagai photographer, gambar macam tu adalah gambar yang selalu orang cuba nak hasilkan. walaupun bukan exactly macam tu, tapi yang seperti itu (ada banyak garis lurus seperti horizon, jalanraya, bucu bangunan).

walaupun compositionnya mudah, tapi setiap kalinya pasti tak akan tercapai. ada saja yang tak kena.

making an image looks flat and straight lines look straight, is a daunting task.

gambar tersebut sangat-sangat teknikal. pilih lensa kena betul, format kamera kena betul, alignment tripod kena betul, cahaya kena betul. tapi yang paling penting lensa dan format kamera, melainkan ada kamera yang boleh ubah bentuk image plane untuk elak distortion akibat jarak antara mana-mana titik pada objek dan titik pada image plane yang tak sekata (sebab image plane rata).

it's marvelous.

kalau aku ada Rm100j aku masih tak akan beli.

tapi kalau dah terkaya di dunia, (sekarang ni yang terkaya USD60b) apa salahnya.
komen dari yg arif..klu aku la,semua diatas xcantik amna pun..:D:D
 
Gmbr ni kalo aku bli gantung kat umah pn,kwn2 yg dtg mesti ingt harge die setakat rm10 je..
 
Back
Top
Log in Register