TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kangar: Sebuah bot kayu sarat dengan barangan mentah dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi tenggelam di perairan Kuala Perlis kira-kira 2.2 batu nautika daripada pantai Kuala Perlis akibat kebocoran, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.17 petang itu, bot milik sebuah syarikat dikenali Dibuk1 dinaiki lima awak-awak termasuk tekong tenggelam hampir 80 peratus sebelum diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis, di sini.
Ketua Penguatkuasa Pengkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander Sharizan Raman berkata, kesemua mangsa yang terjun ke laut bagi menyelamatkan diri berjaya diselamatkan bot APMM yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan.
"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan bot berkenaan tenggelam sepenuhnya bersama muatan bahan mentah yang dibawa.
Foto
"Kira-kira jam 1.30 bot berkenaan tenggelam sepenuhnya di kawasan laluan feri ke Pulau Langkawi dan berikutan itu pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Laut Kuala Perlis bagi tindakan selanjutnya," katanya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Selamatselepasbotbocortenggelam/Article?mutakhir