BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Tanda Anda Sedang Jatuh Cinta

easicircle

Fun Poster
Messages
402
Joined
May 27, 2014
Messages
402
Reaction score
83
Points
20
Mengingati
Hari-hari berlalu tanpa sekali pun anda tidak pernah untuk tidak mengingatinya. Pastinya anda akan sentiasa teringat setiap perbualan dan mesej bersama si dia yang mampu buat anda tersenyum seorang diri.

Mengambil Tahu
Anda akan mula mengambil berat tentang si dia tanpa dipaksa.Sebagai contoh jika si dia mengadu penat atau sakit. Anda akan secara automatik ingin menjadi doktor peribadi kepada si dia. Perasaan risau mula membuak-buak sampai hati jadi tak tenang memikirkan keadaan si dia.

Mengambil Hati
Jika anda telah mula berusaha untuk membuatkan si dia tersenyum. Pastinya hati anda sudah terbit bunga-bunga cinta. Melihat si dia tersenyum gembira itulah kegembiraan anda. Malah mampu buat hari anda yang mulanya mendung menjadi cerah umpama pelangi.

Merindu
Rindu yang datang tak diundang pergi juga tak diusir. Itulah rindu pada si dia yang telah berjaya mencuri hati. Nak diluah tak mampu, nak dipendam pula angau jadinya. Maka hanya mampu tengok perkembangan si dia di media sosial dan tengok kembali mesej perbualan anda berdua. Tahap paling kritikal sekadar tengok si dia 'Online' pun mampu mengubat rindu di hati.

Menyayangi
Bila hati mula merindu, mengambil berat, tersenyum sendiri dan angau. Maka jangan cuba dinafikan lagi rasa tersebut. Ternyata bibit cinta telah berputik dan rasa sayang itu semakin hari semakin dalam ke lubuk hati paling dalam.
 
nympah aku cinta2 ni

akhirnya popuan yg aku cinta2 xdpt pun
 
kalo ikutkan tanda2 tu...nampaknya kawe jatuh cinta lagiii...:D

tapi yang x tahan tu banyak yang kawe jatuh cinta ni..:eek:
 
bila jatuh cinta nak buat kerja pun x senang,
kalau org bujang tu ok la buang masa jatuh cinta,
kalau yg dah kawin tu buat buang masa je byk benda lain lagi nak fikir
 
Benda yang x pernah habis.. lahir manusia pun kerna ia.. dan pasangannya sedih dan gembira..
 
jangan jadi hamba kepada cinta...

bila jadi hamba kepada cinta..kita akan terus di lalaikan dengan ke asyikan...

nak bercinta boleh...tetapi biarlah cinta itu membawa kita kepada Pencipta...

banyak cinta yang berlaku tidak membawa manusia kepada Pencipta...yang dapat hanyalah cinta Palsu...

cinta manusia akan pudar...kerana manusia itu sendiri tidak kekal...

cari lah cinta pada yang Maha Kekal...kerana di situ kamu tidak akan di kecewa kan...

berkali kali bercinta..tetapi sering kali gagal kerana bercinta dan frust...

itu maksudnya cinta kita masih berada di jalan yang salah...

tak salah bercinta...tetapi jangan di buai dengan ke asyikan bercinta...

waktu bercinta semuanya indah...

bila sah jadi halal...lama2 cinta tu akan pudar...

kalo tak percaya..cuba tanya mereka yang dah kahwin..

nak pulihkan kembali cinta...kena pulihkan dulu hubungan cinta kepada Allah dan Rasul....

pasti ko akan bahagia dengan cinta dunia...
 
Back
Top
Log in Register