BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kompilasi pasangan sedang beraksi dan melekit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


sepasang ekor lagi cinta monyet

sumber fb
 


astagaaaa akuarium toi
 


aih tinted dah la aquarium, katanya student msu buat projek
 



𝖲𝖺𝗆𝖽𝗈𝗅 𝗇𝗂 𝗂𝗇𝗀𝖺𝗍 𝗄𝖺𝗍 𝖠𝗆𝖾𝗋𝗂𝗄𝖺 ⁉️

Pasangan Dirakam Bercium Di Dataran Shah Alam, Cetus Perdebatan Netizen

Satu rakaman tular di media sosial memaparkan sepasang individu dipercayai sedang bercium di kawasan Dataran Shah Alam. Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya mengenai adab dan tingkah laku di tempat awam.
 


cenggini pon bulih heh haihh

sumber fb
 



best la romen romen.dalam kereta.
 


rohingiyai toi main nyorok bawah baju lak🤣
 


jijiks tol beberapa genZ zaman skang
 
Dua penjawat awam dicekup berkhalwat dalam pantri pejabat

GUA MUSANG – Dua penjawat awam yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan dicekup selepas disyaki berkhalwat di pejabat mereka di bangunan Wisma Kerajaan di sini petang semalam.

Menurut sumber, lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira pukul 4 petang selepas berada dalam keadaan berduaan di dalam pantri di pejabat jabatan berkenaan.

Sumber itu berkata, mereka dipercayai berada di dalam pantri tersebut dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.


Bagaimanapun, status kes termasuk tindakan lanjut terhadap pasangan terbabit masih belum diperoleh. – KOSMO! ONLINE
 
14315878501561757-425520.jpg

14315878501561757-425521.jpg


Pasangan dicekup khalwat dua kali dihukum enam sebatan


Permohonan semakan tersebut difailkan berhubung isu persoalan undang-undang berkaitan tafsiran bentuk hukuman bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya.

Isu dibangkitkan itu melibatkan tafsiran berkenaan bentuk hukuman sama ada ia perlu diputuskan secara kombinasi atau pilihan mengikut budi bicara mahkamah.

Perkara terbabit rentetan keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 11 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terhadap tertuduh.


Berdasarkan peruntukan Seksyen 31 (Pindaan 2022), bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, pelaku boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.

Panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Abd Malik Wan Sidek bersama dua lagi panel iaitu Datuk Abdul Walid Haji Abu Hassan dan Datuk Mohd Yazid Mustafa secara sebulat suara membenarkan semakan berkenaan dan berpandangan keputusan awal dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah tidak tepat.

Sehubungan itu, panel hakim mengubah keputusan asal dengan menambah hukuman sebatan iaitu kedua-dua pesalah dihukum enam kali sebatan serta denda RM4,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Hukuman sebatan berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan dibacakan, sementara menunggu pelaksanaan hukuman tersebut, kedua-dua mereka yang telah pun berkahwin dilepaskan dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, panel hakim Mahkamah Rayuan turut menetapkan bahawa maksud hukuman dalam peruntukan Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) bagi kesalahan berulang adalah berbentuk kombinasi.

Menurut mahkamah, seseorang disabitkan dengan kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman sama ada kombinasi sebatan dan denda, hukuman penjara dan denda, atau ketiga-tiga kombinasi hukuman iaitu sebatan, penjara serta denda.

Berdasarkan latar belakang kes, dua pesalah iaitu Mohammad Farish Ezmie, 41 dan Che Nurul Syamilia Che Mat Hamdan, 20 didapati berada bersama-sama di dalam sebuah bilik hotel di Kemaman kira-kira jam 1 pagi pada 14 Disember 2025.

Perbuatan berada bersama tanpa hubungan suami isteri atau mahram itu boleh menimbulkan syak bahawa kedua-duanya melakukan perbuatan tidak bermoral, sekali gus mendatangkan kesalahan berkhalwat bawah Seksyen 31(a) bagi lelaki dan Seksyen 31(b) bagi perempuan bawah enakmen sama.


Mohammad Farish Ezmie pernah dihukum denda RM2,600 atau tiga bulan penjara pada 4 November 2025, manakala Che Nurul Syamilia pernah dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara pada 23 September 2025 bagi kesalahan pertama mereka.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register