BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 lelaki didakwa berpakat bunuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 13 Julai – Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pakatan jenayah untuk membunuh, tiga bulan lalu.

Tertuduh ASP Haris Faddila Hasim, 39, yang bertugas di Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang; Mohd Nizam Manshor, 34; Indra Zaidi Zamani, 32, kedua-duanya bekas anggota polis dan ahli perniagaan, Lau Ngik Yin, 45 serta pengawal peribadinya, Zainuddin Rosman, 36 didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini pada awal April dan 15 Jun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan pakatan jenayah dan telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu kesalahan bunuh yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 120 B(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
 
Back
Top
Log in Register