BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

49 Peratus Tuntutan Insurans Daripada Golongan Muda, Allianz Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

49 Peratus Tuntutan Insurans Daripada Golongan Muda, Allianz Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma​

34336ae8283086902b3eacd849e03bfc6a673db627f11


Penyakit kritikal bukan lagi kebimbangan yang terhad kepada golongan dewasa kerana berdasarkan penemuan terbaharu oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life), sebanyak 49 peratus daripada tuntutan penyakit itu dibuat oleh pelanggan yang berumur di bawah 40 tahun.

Allianz Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu menunjukkan keperluan yang semakin meningkat bagi rakyat Malaysia yang lebih muda untuk mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan dan kesediaan kewangan mereka.

Bagi menggalakkan tindakan awal, Allianz Life menganjurkan Allianz Health Festival 2026 di APW Bangsar, di sini pada 1 Ogos, bertujuan memperkasakan individu dan keluarga bagi mengambil langkah proaktif ke arah pencegahan, perlindungan dan pemulihan.

Bertemakan “Discover More Today, Secure What Matters Tomorrow”, acara sehari itu berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang dan kemasukan adalah percuma.

Menurut kenyataan itu, acara berkenaan menyediakan pakar kesihatan, penyokong gaya hidup sihat, bekas pesakit serta penjaga, yang dipenuhi dengan sesi pembelajaran, penerokaan dan tindakan praktikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Giulio Slavich berkata festival itu diharapkan dapat memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia untuk membina masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan.

"Ramai beranggapan bahawa penyakit serius hanya berlaku pada usia lanjut, namun hakikatnya risiko kesihatan boleh muncul jauh lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Allianz Health Festival merupakan peluang untuk rakyat Malaysia memahami kesihatan mereka dengan lebih mendalam, menimba ilmu daripada pakar dan memperoleh pengetahuan praktikal yang dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat dan bermaklumat untuk diri sendiri serta insan tersayang," katanya dalam kenyataan itu.

Pada acara itu, pengunjung boleh menikmati saringan kesihatan asas dan faktor risiko kanser secara percuma, ceramah daripada pakar dan sesi pendidikan kesihatan, kisah inspirasi daripada bekas pesakit dan penjaga, pengalaman kesejahteraan secara interaktif, panduan praktikal tentang pencegahan, perlindungan dan pemulihan serta panduan untuk menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

 
Back
Top
Log in Register