combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,182
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,182
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Komuniti NewGen Allianz Life Sokong 45 Ejen Muda Capai Status MDRT
Raymond Cheah. Kredit Foto: Allianz Malaysia Berhad
Sebanyak 45 ahli Komuniti NewGen Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) berjaya mencapai kelayakan Million Dollar Round Table (MDRT), dengan seorang daripada mereka mendapat pengiktirafan Court of the Table (COT) pada tahun lepas.
Allianz Life dalam kenyataan memaklumkan selain itu, sembilan ahli menjadi Allianz Centurion Producer apabila berjaya mencatat lebih daripada 100 polisi diterbitkan setiap seorang.
Antara individu yang menonjol ialah Sharon Yong, Victorya Chan dan Olivia Lee yang meraih Anugerah NewGen Grand Slam berprestij dalam tempoh tiga tahun pertama mereka dalam industri.
"Ketiga-tiga mereka diraikan pada Persidangan NewGen 2026 yang diadakan buat julung-julung kali pada Jun lepas, yang menghimpunkan Allianz Life Changer dari seluruh negara untuk meraikan kejayaan, memberikan inspirasi kepada bakat baharu serta memperkukuh barisan pemimpin agensi generasi akan datang.
"Anugerah ini mengiktiraf ejen yang berjaya mencapai kelayakan MDRT, memperoleh status Allianz Centurion Producer, menerima pengiktirafan Million Dolar Unit atau Group Builder Pacesetter, serta menjadi ahli A4CC," menurut kenyataan itu.
Komuniti NewGen yang ditubuhkan pada April 2025, diwujudkan bagi menyokong para ejennya – Allianz Life Changer – sepanjang tiga tahun pertama dalam industri melalui program latihan berstruktur, bimbingan mentor, peluang rangkaian profesional serta pembangunan kepimpinan, sekali gus menyediakan asas kukuh kepada usahawan muda untuk berkembang, mencapai kejayaan dan memberikan khidmat nasihat berkualiti kepada pelanggan dengan penuh keyakinan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan Allianz Life Raymond Cheah berkata pencapaian ahli komuniti NewGen membuktikan potensi yang boleh dicapai apabila cita-cita dan keazaman disokong oleh bimbingan yang tepat, peluang pembangunan yang berterusan serta komuniti yang saling menyokong.
"Di Allianz Life, kami percaya masa depan tenaga agensi kami terletak pada usaha memperkasakan usahawan muda sejak permulaan perjalanan mereka.
"Melalui pelaburan dalam generasi baharu perunding kewangan, kami bukan sahaja membangunkan bakat masa depan industri, tetapi juga memperkukuh keupayaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia melindungi perkara yang paling penting dalam kehidupan mereka, merancang masa depan dengan lebih yakin dan mencapai tahap keselamatan kewangan yang kukuh," katanya dalam kenyataan itu.