BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

473 jam cap ayam dirampas

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
04hm41c1_cropped_1475533678.jpg

Kuala Lumpur: Peniaga jam tangan tiruan semakin ‘kepanasan’ apabila beberapa premis di Plaza GM, Lorong Haji Taib, di sini, diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kelmarin

Dalam operasi jam 2 petang itu, sebanyak 473 jam tangan pelbagai jenama terkenal dirampas dari enam premis di situ

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai penguat kuasa KPDNKK menjalankan serbuan

Katanya, serbuan dilakukan berdasarkan kepada aduan wakil sah pemilik cap dagang yang mengesahkan semua jam tangan terbabit adalah tiruan

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 473 jam tangan tiruan jenama Ferrari, Red Bull dan G-Shock

“Semua jam tangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,310 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya ketika dihubungi, semalam

Menurutnya, beberapa pekerja turut diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut

http://www.hmetro.com.my/node/171297
 
Haha.. Ingatkan betul2 jam cap ayam dirampas.
Rupa2nya jam tiruan yang dirampas.
 
473 je? hmm..boleh la...dari 40 je kan...nmpk buat keje skit...
 
bagus gak....

Bagi penjual yg jual barangan gred baik, biarlah telus... bagi tahu status kpd bakal pembeli.
 
Bnde mcm ni dh lme duk mnpak kt Malaysia nih...
 
Aduh..
Rampas la yg high end punya..
Baru la sedap skit masuk berita..
Ini btul2 cap ayam punya ni...
 
Back
Top
Log in Register