TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Kuala Lumpur: Peniaga jam tangan tiruan semakin ‘kepanasan’ apabila beberapa premis di Plaza GM, Lorong Haji Taib, di sini, diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kelmarin
Dalam operasi jam 2 petang itu, sebanyak 473 jam tangan pelbagai jenama terkenal dirampas dari enam premis di situ
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai penguat kuasa KPDNKK menjalankan serbuan
Katanya, serbuan dilakukan berdasarkan kepada aduan wakil sah pemilik cap dagang yang mengesahkan semua jam tangan terbabit adalah tiruan
“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 473 jam tangan tiruan jenama Ferrari, Red Bull dan G-Shock
“Semua jam tangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,310 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya ketika dihubungi, semalam
Menurutnya, beberapa pekerja turut diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut
http://www.hmetro.com.my/node/171297