aniqhamizan
Fun Poster
- Messages
- 403
- Joined
- Jul 23, 2010
- Messages
- 403
- Reaction score
- 23
- Points
- 15
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah
mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan
perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua
mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a)
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa
hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih
dua tahun.
"Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan
laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti
mendaftarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika
Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada
unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika
perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan
perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan
perniagaan mereka.
"Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi
supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.-Bernama
Sumber asal artikel:
=> http://www.hmetro.com.my/articles/4...ikenakantindakantidakdaftarperniagaan/Article