BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dropee Menjadi Syarikat Malaysia Kedua Yang Menyertai Y Combinator

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Y Combinator merupakan salah satu penyedia program pemecut dan pelabur di dalam startup. Terdapat pelbagai syarikat berjaya yang telah hadir dengan menyertainya. Terbaru, salah satu syarikat tempatan yang turut telah menyertai Y Combinator adalah Dropee.

Dropee sering diperkenalkan sebagai laman edagang B2B untuk pasaran borong. Dropee turut mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam membuat ramalan produk-produk yang akan menerima permintaan, sekaligus memudahkan peruncit untuk menguruskan stok dengan lebih efisien.

Terbaru, Dropee mengumumkan mereka telah menyertai Y Combinator, sekaligus akan menerima akses kepada program pemecutnya, dan juga pelaburan daripada mereka.

Dengan fasa baru ini juga, Dropee dijangka akan terus memperluaskan penawaran di Malaysia, selain turut melihat kepada beberapa negara lain dalam menawarkan perkhidmatan mereka. Dropee dijangka mencapai nilai transaksi sebanyak RM40 juta menjelang penghujung 2020 ini.

Screenshot-59.jpg


Sumber asal https://www.dropee.com/
 
Dropee Terima Suntikan Dana USD1.3J Untuk Bantu Perniagaan Borong Mendigitalkan Dagangan

Dropee merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan edagang B2B untuk pasaran borong. Pada bulan Mac lepas, Dropee telah menjadi salah satu syarikat tempatan menyertai Y Combinator, dan hari ini mereka mengumumkan suntikan dana sebanyak $1.3 juta untuk terus memperluaskan penawaran mereka.

Menurut Dropee, di rantau Asia Tenggara, pelbagai perniagaan borong masih menggunakan kaedah tradisional menggunakan pen dan kertas untuk pengurusan tempahan dan dagangan. Namun, dengan penularan wabak Covid-19, ia telah memberikan impak yang tinggi terhadap pengurusan perniagaan – sekaligus membuatkan ramai beralih ke arah digital.

Sehingga kini, Dropee dikatakan telah membantu syarikat seperti Petronas, British American Tobacco dan sebagainya dalam membantu membawa dagangan mereka secara atas-talian. Dengan suntikan dana baru ini, Dropee menyasarkan untuk terus membantu lebih banyak syarikat dalam mendigitalkan dagangan mereka, sekaligus membawa kepada pengurusan yang lebih efisien.

Layari http://www.dropee.com/
 

Firma e-dagang B2B, Dropee raih pembiayaan AS$7 juta​

Oleh Ilah Hafiz Aziz- September 15, 2022 @ 7:11pm
[email protected]
Panel pemilihan Endeavour
Panel pemilihan Endeavour




KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, Dropee berjaya memperoleh dana AS$7 juta (RM31.75 juta) daripada program pembiayaan Series A selepas mendapat kelulusan dan undian sebulat suara Panel Pemilihan Tempatan (LSP) Endeavour Malaysia dan Endeavour Filipina.

Pengasas Bersama Dropee, Lennise Ng, berkata mereka menjadi syarikat pemula Malaysia kedua untuk menyertai antara program Silicon Valley yang paling berprestij, Y Combinator dan ingin mengukuhkan kedudukan di Malaysia dan Indonesia sebelum menerokai pasaran serantau yang lain.

Selain Ng, pengasas bersama lain Dropee ialah Haslinda Rasip dan Aizat Rahim.

Pengasas Bersama Dropee
Pengasas Bersama Dropee


"Kami bermula dengan penghantaran 'drop-shipping' pada 2017 dan beralih kepada jualan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B). Cabarannya berubah dan meningkat dari semasa ke semasa namun kami kini sedang mengkaji mengenai kadar pengekalan pelanggan serta bagaimana Dropee boleh membantu dalam mengurangkan kos operasi serta meningkatkan jangka hayat perniagaan.

"Apabila melepasi LSP dengan bantuan mentor Endeavour dan kepakaran mereka, kami berharap mampu melalui laluan penyelesaian yang lebih baik untuk perniagaan dan meminimumkan kesilapan dalam usaha memajukan lagi Dropee menjadi lebih besar dan kuat," katanya.

LSP adalah kemuncak proses pemilihan berasaskan merit yang ketat untuk dipilih sebagai usahawan berimpak tinggi yang menunjukkan potensi untuk memanfaatkan sumber serta bimbingan Endeavour bagi mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang tinggi, pekerjaan, serta mewujudkan ekosistem keusahawanan tempatan.

Pada sesi ini, ia dianjurkan bersama Endeavour Philippines, dengan kehadiran pakar industri iaitu Pengasas Bersama yang juga Presiden Kumu, Rexy Dorado; Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi Urusan Bersama RHL Ventures, Raja Hamzah; Pengarah Urusan Tao Corporation Billy Valtos; rakan kongsi Cooley LLP, Ferish Patel sebagai panel.

Raja Hamzah berkata, Dropee menggandakan usaha dalam pasaran tempatan sebelum memanfaatkan pasaran lain yang memberi mereka kelebihan untuk menjadi peneraju dalam industri mereka, sehingga membolehkan mereka memperoleh pelanggan setia lebih cepat.

"Selagi mereka memikirkan dengan siapa mahu berganding bahu di rantau ini dan tidak menjadikan pengurusan produktiviti terlalu tipis, saya percaya dengan sokongan Endeavour, Dropee boleh berkembang menjadi pemain SaaS B2B nombor satu, di peringkat serantau dan tidak lama lagi di peringkat global juga," katanya.

Sejak dilancarkan pada 2017, Dropee kini menjadi antara pemain e-dagang B2B yang paling cepat berkembang di pasaran Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan lebih 30,000 perniagaan serta 100,000 produk borong.

Platform itu juga bekerjasama dengan ribuan rakan kongsi yang terdiri daripada pemborong, pengedar, dan pergudangan untuk memberi perkhidmatan kepada peruncit tempatan menerusi pengalaman baharu dalam menyimpan stok inventori dengan lebih baik, lebih cepat dan lebih murah.

Dropee kini sedang berusaha untuk mengembangkan lebih banyak lagi jualan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lain dengan menyediakan pasukan pengaktifan di lapangan untuk membantu PKS menggunakan penyelesaian digital.
 
Back
Top
Log in Register