BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 Maut Toyota Vios Bertembung Lori

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
11.01.2025 - Empat maut termasuk tiga sekeluarga apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori lima tan dalam kejadian di Jalan Batu 3, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 12.52 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah Aieman Azriq Ahmad, 22, dan isterinya, Nurul Fazilah Noor Azmi, 22, serta anak mereka, Aryan Khalif, 3. Seorang lagi mangsa ialah Mohammad Rasyid Razali, 18, merupakan rakan kepada Aieman Azriq. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Shahrulnizam Johari berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Apabila Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di lokasi didapati benar berlaku kemalangan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu lima tan. “Terdapat empat mangsa iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di dalam kereta serta seorang pemandu lori lelaki dewasa ) yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrulnizam berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan Peralatan Resque Tools sehingga selesai. Ujarnya, kesemua mangsa yang meninggal telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan.
1736587778868.png
 
‘18 Tahun Tunggu Aieman Lahir, Tak Sangka Dia ‘Pergi’ Dulu’

11.01.2025 - “18 tahun saya menanti kehadiran Aieman, tidak sangka dia akan pergi dahulu.” Demikian luahan sayu Masanah Buyong, 60, ibu kepada Aieman Azriq Ahmad, 22, yang maut dalam kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dengan lori di Jalan Batu 3, di sini tengah hari tadi. Nahas tersebut turut meragut nyawa isteri Aieman Azriq, Nur Fazilah Noor Azmi, 22, bayi mereka, Aryan Khalif, lima bulan dan rakan pasangan itu, Mohammad Rasyid Razali, 18. Masanah berkata, Aieman Azriq merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan tinggal bersamanya di Kampung Temenin Baru di sini. Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada kumpulan WhatsApp keluarga.

“Seorang lagi menantu kemudian menghubungi saya sambil menangis menyuruh ke lokasi. Apabila buka semula WhatsApp keluarga, mereka beritahu cucu saya sudah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa mereka malam tadi. Biasanya, isterinya (menantu) balik kerja pukul 6.30 petang dan ambil anaknya di rumah pengasuh. Malam tadi mereka keluar, namun saya tidak tahu mereka pergi ke mana,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Cerita warga emas itu, hasil perkahwinan Aieman Azriq dan Nur Fazilah, mereka dikurniakan dua anak dengan anak sulung lelaki berusia tiga tahun.

“Anak sulung arwah rapat dengan saya dan suami kerana kami yang jaga, kadang-kadang keluarga menantu turut mengambilnya untuk dibawa pulang ke Pasir Gudang. Biasanya jika ibunya tidak ada, cucu saya akan minta datuknya buat ‘video call’ (panggilan video), namun tengah hari tadi tidak berjawab. Tidak sangka mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
1736595359325.png
 
Kereta Masuk Laluan Bertentangan Punca Ragut Empat Nyawa

11.01.2025 - Kereta dipandu memasuki laluan bertentangan dipercayai menjadi punca meragut empat nyawa termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 8.9 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, dalam kemalangan itu kereta Toyota Vios dinaiki empat mangsa yang maut tidak sempat mengelak lalu melanggar lori Isuzu berkenaan. Katanya, dalam kemalangan itu pemandu dan semua penumpang dalam Toyota Vios berkenaan mengalami cedera parah di bahagian badan, kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, manakala pemandu lori pula iaitu lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan bengkak di bahagian lutut. Kes masih dalam siasatan polis dan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingaa RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu lima tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang terkoban dalam kemalangan tersebut adalah pasangan suami isteri, Aieman Azriq Ahmad, 21, dan Nurul Fazilah Noor Azmi, 21, dan anak mereka, Aryan Khalif Aieman Azriq berusia enam bulan. Seorang lagi yang maut dalam kereta tersebut adalah rakan pasangan itu iaitu Mohamad Rasyid Razali berusia 17 tahun. Kesemua jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Baru selepas isyak.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/01/11...-laluan-bertentangan-punca-ragut-empat-nyawa/
 
Back
Top
Log in Register