BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 didakwa bunuh sami

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 28 April - Empat rakan berdepan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas pertuduhan membunuh dua lelaki termasuk seorang sami, dua minggu lalu.

R. Rajandran, S. Sugumaran dan L. Ilaiyarajan, yang masing-masing berusia 20 tahun serta G. Pragas, 23, didakwa bersama-sama membunuh sami tersebut, R. Surender, 20, dan rakannya S. Mahesan, 42, di tepi jalan belakang pasar raya NSK, Rawang dekat sini antara pukul 1 pagi dan 6 pagi, 14 April lalu.

Keempat-empat tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Nurliana Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Jun ini sementara menunggu tertuduh-tertuduh melantik peguam bela.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang sami Hindu dikelar sehingga mati selepas cuba mempertahankan diri setelah digelar ‘lelaki lembut’ oleh empat orang suspek.

Lebih menyayat hati, rakan sami itu turut mati dijerut dengan tali pinggang keledar oleh keempat-empat suspek selepas dia dikatakan mahu mengadu kejadian tersebut kepada pihak polis.

Kejadian jenayah itu terbongkar apabila kereta jenis Perodua Kembara milik mangsa yang cuba dilupuskan ke dalam gaung tersangkut pada pokok dan mengundang kecurigaan pengguna jalan raya di Kilometer 10, Jalan Briston menghala ke Kuang, dekat sini kira-kira pukul 8.50 pagi, 14 April lalu.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemukan dua mayat lelaki dipercayai dibunuh di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kenderaan tersebut.
 
Back
Top
Log in Register