ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ikmal Hisham Abd Aziz
SEBANYAK 4,000 keping tiket perlawanan akhir Piala FA, Kelantan menentang Johor Darul Takzim 29 Jun ini, akan diagihkan secara percuma, khusus kepada anak-anak Parlimen Tanah Merah, lapor SAPINAH AB GHANI.
Ahli Parlimennya, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz berkata, tiket akan diagihkan pada 25 Jun, bermulajam 10 pagi hingga 10 malam di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd, Jalan Enggang, Kuala Lumpur (bersebelahan stesen LRT Jalan Jelatek).
“Konsep siapa cepat dia dapat kita guna dalam agihan tiket ini bagi mengelak timbul isu berbangkit,” katanya.
Pemberian tiket tersebut bukan sahaja memberi ruang peminat bola sepak terutama anak- anak Tanah Merah menyaksikan perlawanan sengit itu, tetapi membangkitkan semangat dan sokongan kepada The Red Warriors.
“Pemberian tiket itu juga sebagai penghargaan kepada anak-anak Tanah Merah khususnya penyokong BN yang membantu memastikan kemenangan parti,” katanya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akmal 0132074241 atau 03-42577009.