BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

35,000 Walrus Terdampar Di Alaska

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
35,000 walrus terdampar di Alaska

image.jpeg

Puluhan ribu walrus terdampar di pantai dipercayai akibat perubahan suhu air laut.

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya 35,000 walrus terdampar di pantai Alaska susulan pencairan ais Artik yang berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar kaji cuaca, kelmarin.

Jurucakap Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, keadaan tersebut telah berlaku sejak hampir enam hingga lapan tahun lalu disebabkan pemanasan global.

"Anak walrus yang terdampar di pantai terdedah kepada risiko kematian akibat dipijak dan kebiasaannya haiwan mamalia yang menyerupai anjing laut itu hanya akan keluar ke permukaan ais untuk makan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Sementara itu, Pegawai Penyiasatan dari udara Artik Marine Mamalia Megan Ferguson memberitahu, pada awalnya terdapat hanya 1,500 walrus yang terdampar, namun jumlah itu meningkat sehingga 24 kali ganda dalam beberapa hari.

http://www.sinarharian.com.my/global/35-000-walrus-terdampar-di-alaska-1.322383
 
Perghhh... gigi diya mmg x boleh simpan ker?? dah lah ramai giler... nanty himpit2 klu patah sia2 jer... menyocok mata member2 tgh tdo pun bahaya jugak...
 
dari jauh dah macam anai2 aku tgk..
 
kalau tgok dari jauh mmg geli..skali dkat cam comel gak
 
Perghhh... gigi diya mmg x boleh simpan ker?? dah lah ramai giler... nanty himpit2 klu patah sia2 jer... menyocok mata member2 tgh tdo pun bahaya jugak...

indahnya ciptaan Tuhan tiada yang tercocok walaupun tidurnya rapat2:D
 
sdap tu suh member garu belakang dgn taring tu..
 
tgk jauh mcm maggot je

tgk dekat mcm ba.bi pun ada
 
Back
Top
Log in Register