BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

34 mayat Rohingya ditemui dalam bot karam

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151

34 mayat Rohingya ditemui dalam bot karam​

Ogos 8, 2024 @ 1:21pm


Saudara-mara bersedih dekat mayat pelarian Rohingya yang mati lemas di sungai Naf, di Teknaf apabila sebuah bot kecil yang penuh dengan pelarian yang melarikan diri dari Myanmar yang dilanda perang karam ketika menyeberangi sungai ke Bangladesh. - Foto AFP
Saudara-mara bersedih dekat mayat pelarian Rohingya yang mati lemas di sungai Naf, di Teknaf apabila sebuah bot kecil yang penuh dengan pelarian yang melarikan diri dari Myanmar yang dilanda perang karam ketika menyeberangi sungai ke Bangladesh. - Foto AFP


COX BAZAR: Pihak berkuasa Bangladesh menemui 24 lagi mayat pelarian Rohingya dari Myanmar, hari ini, yang lemas selepas bot dinaiki mereka karam ketika cuba menyeberangi sungai ke Bangladesh.

Dalam insiden bot karam yang sarat dinaiki pelarian Rohingya di Sungai Nafpada Selasa itu, pihak berkuasa pada mulanya berjaya menemui 10 mayat kanak-kanak kecil.

"Dengan penemuan terbaharu ini di mana mayat mereka terdampar di darat, ia menjadikan keseluruhan 34 mangsa yang karam," katanya.

Menurut polis, kumpulan Rohingya itu melarikan diri dari kampung mereka di negeri Rakhine, Myanmar sebelum bot mereka karam di sungai berhampiran Pulau Shahpari di Bangladesh.

Pentadbir kerajaan Teknaf Bangladesh, Adnan Chowdhury, mengesahkan semua yang maut adalah etnik Rohingya dari Myanmar dan sudah dikebumikan. Etnik Rohingya itu mempertaruhkan nyawa mereka dengan melarikan diri dari Myanmar," katanya.


Chowdhury berkata, sekurang-kurangnya 1,000 Rohingya melarikan diri dari perang di negeri Rakhine Myanmar ke Bangladesh sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, proses pencarian mayat ditangguhkan akibat pergolakan di Bangladesh selepas protes yang diketuai pelajar sejak beberapa minggu lalu, akhirnya menggulingkan Perdana Menteri negara itu, Isnin lalu.

"Kami tidak dapat menghantar pegawai keselamatan ke tempat insiden kerana mereka sibuk mengawal pertempuran politik," katanya kepada AFP.

Rakhine mula bergolak teruk sejak Tentera Arakan (AA) menyerang pasukan junta pada November, sekaligus menamatkan gencatan senjata yang sebahagian besarnya dilaksanakan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

Bangladesh adalah rumah kedua kepada kira-kira sejuta pelarian Rohingya, dengan kebanyakan mereka melarikan diri dari Rakhine pada 2017.

Ia ekoran tindakan kejam tentera yang kini disiasat mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas tuduhan genosid. - AFP
 
Back
Top
Log in Register