BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Kelapan Mangsa Bot Karam Di Perairan Pulau Pangkor Ditemukan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

Mayat Kelapan Mangsa Bot Karam Di Perairan Pulau Pangkor Ditemukan​

d8933422a513cdb212d5dfa1cf1644176a05877e57ebd


Satu lagi mayat ditemukan hari ini selepas bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu DSP Mazre Che Mahmod berkata mangsa ditemukan terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.30 pagi di kedudukan tiga batu nautika dari Tukun Terendak.

"Identiti mangsa yang ditemui oleh pasukan operasi PPM masih dalam siasatan pihak polis.

“Penemuan terbaharu ini menjadikan jumlah mangsa lemas yang ditemukan setakat ini meningkat kepada lapan mangsa dan operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat berkenaan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan berkata pencarian tujuh lagi mangsa hari ini menumpukan pada tujuh sektor merangkumi 219.01 batu nautika persegi.

Menurut kenyataan itu, operasi SAR yang masuk hari keempat, melibatkan aset udara dan laut milik APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia dan PPM bermula 7 pagi tadi.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin warga Indonesia dilaporkan karam di perairan Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register