Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
300 Peserta Meriahkan Program Pendakian Semarak Merdeka
Sebanyak 300 peserta termasuk anggota badan beruniform, kakitangan agensi kerajaan dan pengamal media bergambar selepas menyertai program Pendakian Semarak Merdeka anjuran Kelab Media Perdana Terengganu (METRA) di Bukit Besar semalam.
Sebanyak 300 peserta termasuk anggota badan beruniform, kakitangan agensi kerajaan dan pengamal media menyertai program Pendakian Semarak Merdeka anjuran Kelab Media Perdana Terengganu (METRA) di Bukit Besar, di sini.
Presiden METRA Mohd Zaid Mohd Noor berkata program yang julung kali diadakan itu menghimpunkan anggota dari pelbagai jabatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Beliau berkata penganjuran program itu bagi menzahirkan perasaan cinta akan negara, sekali gus merancakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di Terengganu.
"Sebagai pengamal media adalah menjadi tanggungjawab kelab untuk menyebar mesej patriotisme menerusi pelbagai platform komunikasi.
"Susulan itu, kami mengambil inisiatif ini untuk menghimpunkan warga media, anggota keselamatan dan agensi lain untuk sama-sama mendaki bukit menuju ke puncak untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang gergasi sebagai tanda kebebasan dan semangat cintakan negara," katanya selepas Program Pendakian Semarak Merdeka, di Bukit Besar petang semalam.
Mohd Zaid berkata selain menghidupkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, program itu juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara agensi, selain menggalakkan gaya hidup sihat dengan nilai patriotik.