BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTMB Taiping 2026 Perkenal VK Challenge, Uji Peserta Dengan Pendakian 1,200 Meter

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UTMB Taiping 2026 Perkenal VK Challenge, Uji Peserta Dengan Pendakian 1,200 Meter​

2ea307d6edb43709238cd26d1a2920526a9d3cd7ecccf

fb Malaysia Ultra-Trail by UTMB

Malaysia Ultra-Trail by UTMB Taiping 2026 memperkenalkan Vertical Kilometer (VK) Challenge dalam kategori 100 kilometer (MY100), yang menguji peserta menerusi segmen pendakian sejauh 7.9 kilometer (km) dengan peningkatan elevasi 1,200 meter (m).

Pengarah Perlumbaan Malaysia Ultra-Trail Ewegene Tan berkata cabaran itu diperkenalkan buat pertama kali sebagai sebahagian daripada laluan MY100, berbeza dengan edisi terdahulu apabila cabaran itu hanya dianjurkan sebagai perlumbaan sampingan secara berasingan.

“VK Challenge bermula di Kuil Murugan di kaki Bukit Larut dan berakhir di Banglo Angkasa, dengan masa peserta direkodkan menerusi timing mat yang ditempatkan di kedua-dua lokasi.

“Apabila pelari melintasi timing mat di Kuil Murugan, masa akan mula dikira dan berakhir apabila mereka sampai ke timing mat di Banglo Angkasa. Jarak keseluruhan ialah 7.9km dengan peningkatan elevasi 1,200m ,” katanya pada sidang media Malaysia Ultra-Trail by UTMB Taiping 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata pelari lelaki dan wanita terpantas bagi segmen itu masing-masing akan dinobatkan sebagai King of Vertical dan Queen of Vertical sekiranya mereka berjaya menamatkan keseluruhan perlumbaan MY100.

“Jadi, pelari bukan sahaja perlu menjadi yang terpantas dalam segmen itu, tetapi mesti menghabiskan perlumbaan MY100 untuk melayakkan diri memenangi gelaran berkenaan,” katanya.

Tan berkata pengenalan cabaran itu merupakan antara usaha penganjur menambah baik perlumbaan setiap tahun, termasuk mereka bentuk semula laluan bagi menjadikan MY100 lebih mencabar.

Dalam pada itu, hampir 700 petugas akan ditugaskan sepanjang perlumbaan bagi mengendalikan aspek keselamatan dan sokongan peserta, termasuk 94 static marshal, hampir 80 malim gunung perhutanan berkemahiran serta pasukan perubatan.

“Malim gunung berkenaan mempunyai kepakaran dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan kecemasan termasuk resusitasi, sekiranya berlaku masalah perubatan di laluan.

 
Back
Top
Log in Register