BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IFW 2026: 2,000 Peserta Melangkah Untuk Membudayakan Integriti

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

IFW 2026: 2,000 Peserta Melangkah Untuk Membudayakan Integriti​

6fa9f6f44c3901e609aa1682b1795dfe6a813cdb51846

00a7527452d64f701df57a5fb1aecf4a6a813aa94c1ca

e024b6ef60f3af80b3820098d9ab70f66a813d04b9d54

8061177696fa03c5f816acb9059cce386a813d21d7da1

Kira-kira 2,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat membanjiri ibu kota pagi ini bagi menjayakan Program Integrity Fun Walk (IFW) 2026 yang bermatlamat menyemai budaya integriti, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata penganjuran program itu bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai maksud dan kepentingan integriti selain menggalakkan mereka mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupan seharian.

“Integriti bermaksud melakukan sesuatu yang baik tanpa dilihat orang,” katanya yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) kepada Bernama selepas merasmikan IFW 2026 di sini hari ini.

Acara yang bertemakan “Melangkah Bersama, Memacu Integriti” melibatkan penyertaan warga kerja kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, badan berkanun, institusi pengajian tinggi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program anjuran IIM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Sukarelawan Siswa melibatkan laluan sejauh tiga dan lima kilometer serta dimeriahkan dengan Pertandingan Mesej Integriti dan cabutan bertuah.

Peserta Suzana Ahmad, 58, berkata program itu memberi peluang kepada peserta untuk menghayati nilai integriti melalui aktiviti santai bersama-sama masyarakat, selain membawa mesej integriti untuk diamalkan di tempat kerja.

“Usaha membudayakan integriti dalam organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai memerlukan penglibatan lebih ramai individu sebagai ejen yang membantu melaksanakan nilai tersebut,” katanya yang berkhidmat di Menara Merdeka Maybank 118.

Penjawat awam Mohd Ridhaudeen Rahmat, 48, menyifatkan penyertaan dalam IFW 2026 sebagai pengalaman menyeronokkan kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga sambil menyokong agenda nasional.

“Saya berharap program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan dipromosikan secara lebih meluas kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Back
Top
Log in Register