BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30 calon hilang deposit, 23 daripada Bersatu, 1 PH

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

30 calon hilang deposit, 23 daripada Bersatu, 1 PH​

ab6e63a4-e606-4820-99db-b7535f78c936-Tun-Faisal-Ismail-Aziz-Hanifah-Abu-Baker-tile-020826.jpg

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz (kiri) dan Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker antara hilang deposit pada PRN semalam.

Bernama melaporkan, 23 daripada 24 calon Bersatu hilang deposit, termasuk pemimpin seperti Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz di Sikamat, dan Ketua Bersatu Negeri Sembilan Hanifah Abu Baker di Labu.

Calon Pakatan Harapan (PH) di Palong, Zahin Zinal Abidin, menjadi calon tunggal gabungan itu yang turut hilang deposit.

Zahin hanya memperoleh 1,495 undi, berbanding calon Barisan Nasional BN), Mustapha Nagoor yang meraih 15,197 undi, sekali gus bekas exco kerajaan negeri itu menang majoriti 13,702 undi.

Satu-satunya calon Bersatu yang tidak hilang deposit ialah Ketua Sayap Bersekutu, R Sri Sanjeevan, dalam saingan empat penjuru di Jeram Padang.

Calon BN, Zaidy Abdul Kadir meraih 6,854 undi bagi penggal kedua, mendahului calon PH G Manivannan dengan 2,372 undi. Sanjeevan memperoleh 2,191 undi, manakala calon Parti Orang Asli Malaysia, Dayana Dal, 179 undi.

Calon lain yang turut hilang deposit ialah Dayana, calon tunggal Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Tinagaran, serta empat calon bebas.
 
Back
Top
Log in Register