3 aduan diskriminasi di tempat kerja berkaitan NS dilapor antara 2024-2025
Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara semasa menjalani latihan. (Gambar: Facebook/The Singapore Army)
SINGAPURA: Tiga aduan yang mendakwa berlaku diskriminasi di tempat kerja berkaitan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS) telah dibuat antara 2024 dengan 2025, menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Foo Cexiang di Parlimen pada Rabu (9 Sep).
Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang berasa mereka dilayan secara tidak adil boleh mendapatkan bantuan daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) atau Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP), kata Encik Foo.
IKLAN
Encik Foo berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Kenneth Tiong (WP-Aljunied), mengenai aduan sedemikian dan bagaimana NSmen dilindungi daripada terlepas kenaikan pangkat disebabkan oleh latihan dalam kem.
Encik Tiong turut bertanya mengapa tanggungjawab NS tidak termaktub di bawah Akta Keadilan di Tempat Kerja, yang akan dikuatkuasakan pada hujung 2027.
Akta itu menetapkan usia, kerakyatan, jantina, kaum dan ketidakupayaan sebagai bidang-bidang yang melindungi pekerja daripada diskriminasi. Majikan yang melanggar undang-undang itu akan diarahkan untuk menghadiri bengkel pendidikan dan membayar denda.
Encik Foo berkata akta itu "digubal sedemikian rupa" untuk meliputi ciri-ciri yang merangkumi sekitar 95 peratus aduan diskriminasi yang diserahkan kepada TAFEP dan MOM.
MOM akan menimbangkan untuk memperluaskan skopnya jika terdapat bukti peningkatan berterusan atau ketara dalam bentuk diskriminasi lain, menurut beliau.
IKLAN
PERLINDUNGAN DI BAWAH GARIS PANDUAN TIGA PIHAK DAN AKTA PENDAFTARAN
NSmen kini dilindungi di bawah Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil, yang melarang diskriminasi di tempat kerja termasuk atas dasar tanggungjawab NS, kata Encik Foo.
Majikan yang didapati melanggar garis panduan itu mesti menangani aduan tersebut dan memperbetulkan amalan mereka, dan bagi kes-kes serius, keistimewaan pas kerja mereka boleh digantung.
Bahagian 6 Akta Perkhidmatan Negara turut menetapkan tanggungjawab khusus majikan terhadap pekerja yang mempunyai tanggungjawab NS, termasuk mengambil mereka bekerja semula selepas NS, memberikan cuti ketidakhadiran dan tidak memecat mereka semata-mata kerana tanggungjawab tersebut.
"Setakat ini, MINDEF tidak perlu mengambil tindakan penguatkuasaan rasmi di bawah peruntukan ini," kata Encik Foo. "Apabila kebimbangan dibangkitkan, MINDEF akan berhubung terus dengan majikan untuk menjelaskan tanggungjawab mereka, dan pendekatan ini berkesan dalam menyelesaikan isu."
IKLAN
Encik Tiong berkata Australia dan Amerika Syarikat, yang mempunyai angkatan tentera sukarela, mempunyai undang-undang yang melindungi anggota kerahan dan individu yang diwajibkan menjalani khidmat ketenteraan daripada diskriminasi oleh majikan mereka.
"Namun bagi kita, (dengan) Perkhidmatan Negara yang diwajibkan, kenaikan pangkat tidak mendapat perlindungan undang-undang. Tidakkah kementerian bersetuju dengan saya bahawa ini merupakan jurang yang perlu kita atasi?" tanya Encik Tiong.
Menurut Encik Foo, "sejumlah besar" majikan telah menyokong tanggungjawab NS pekerja, yang menurutnya dapat dilihat melalui jumlah rendah keprihatinan berkaitan NS yang dibangkitkan kepada TAFEP dan kementerian-kementerian tersebut.
Pihak berkuasa akan terus memantau maklum balas dan mengkaji semula undang-undang jika perlu, tambahnya.
3 aduan diskriminasi di tempat kerja berkaitan NS dilapor antara 2024-2025
SINGAPURA: Tiga aduan yang mendakwa berlaku diskriminasi di tempat kerja berkaitan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS) telah dibuat antara 2024 dengan 2025, menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Foo Cexiang di Parlimen pada Rabu (9 Sep). Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang...