BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,000 sekolah ditutup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


PENGAWAL keselamatan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Kuching menapal notis sekolah ditutup semalam.

PUTRAJAYA – Hampir 3,000 buah sekolah di enam negeri dengan melibatkan kira-kira 1.8 juta pelajar dan 120,000 guru diarah tutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk melanda negeri-negeri tersebut.

Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah rendah, menengah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran negara di Putrajaya ditutup.

Bagaimanapun, di Perak hanya semua sekolah di Tanjung Malim manakala di Sarawak pula semua sekolah di bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan turut diarah tutup.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian di Sarawak semalam mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).

"Berikutan keadaan jerebu yang dicatatkan di beberapa buah negeri semakin buruk, kementerian memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah yang terjejas bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar.

"Bagaimanapun untuk esok (hari ini), kementerian akan terus memantau IPU di seluruh negara dan pengumuman rasmi akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada pukul 2 petang," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, kementerian memandang serius keadaan jerebu yang melanda ketika ini yang mungkin menjejaskan kesihatan dan keselamatan pelajar serta guru-guru.

Sehubungan itu, Mahadzir turut memberitahu, kementerian telah memberikan kuasa di peringkat Jabatan Pendidikan negeri dan daerah untuk menentukan keperluan penutupan sekolah atau tidak iaitu berdasarkan bacaan IPU terkini di kawasan masing-masing.

"Keputusan menutup sekolah boleh dibuat sekiranya bacaan IPU di kawasan tersebut mencatatkan bacaan antara 120 hingga 150 manakala jarak penglihatan di bawah 500 meter.

"Kementerian hanya mengumumkan penutupan sekolah secara umum untuk negeri-negeri yang terjejas.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
Elok la tu... anak2 aku x kuar rumah dah cuti2 ni...
 
Cuti sekolah melepak kat rumah je. Kesihan pulak budak2 tak kemana time cuti. Tiap2 tahun jerebu... adess...
 
Yahoo! Sekolah tutup kerana cuti.

Sekali termenung... tak dapat nak ke mana2 pun.
 
baguslah jika ianya tindakan untuk kebaikan
 
Kesian,budak sekolah je nafas guna paru2,budak universiti,poli,pekerja awan semua bernafas ikut insang
 
Bgn tidur je skit tekak.. mmg rimas dgn jerebu ni
 
hahahaha... tp cam betul jer yang lain nafas dgn insang. sebab cikgu dgn budak sekolah jer cuti, macam mana dengan kerani? mungkin pejabat sekolah gun aircond. kelas mana guna aircond


Kesian,budak sekolah je nafas guna paru2,budak universiti,poli,pekerja awan semua bernafas ikut insang
 
Back
Top
Log in Register