combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,160
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,160
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
28,500 Warga ATM Terima Manfaat Jelajah Wira LTAT Di Pantai Timur
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (lima,kiri) bergambar bersama hadirin pada Majlis Penutup Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) edisi Pantai Timur di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Turut hadir Pengerusi LTAT, Tan Sri Azizan Ariffin (empat,kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memperluas capaian perkhidmatan dan inisiatif kepada sebanyak 28,500 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.
Ketua Eksekutif LTAT Mohammad Ashraf Md Radzi berkata siri jelajah itu sebagai inisiatif proaktif pihak pengurusan untuk turun padang bagi bertemu pencarum daripada pelbagai lapisan, yang dirancang untuk meliputi seluruh negara secara berperingkat.
“Langkah ini bukan sahaja memberi peluang kepada pencarum untuk mengenali pengurusan LTAT malah membolehkan kami bersemuka dengan pencarum di lapangan yang menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka,” katanya.
Mohammad Ashraf berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Jelajah Wira LTAT Edisi Pantai Timur yang disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pangkalan udara itu hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali, Pengerusi LTAT Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Pengerusi Panel Pelaburan LTAT Datuk Khairol Anuar Mohamad Tawi.
Selain itu, Mohammad Ashraf berkata siri jelajah tersebut turut menyaksikan pelancaran Kad Debit LTAT-Affin sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap kesetiaan, khidmat bakti dan sumbangan besar warga ATM terhadap negara.
Pada majlis itu, Mohamed Khaled merasmikan pelancaran Program Kem Santuni MADANI 2026 dengan peruntukan keseluruhan RM600,000 yang akan memanfaatkan lebih 6,500 keluarga ATM di enam lokasi.
Lokasi itu ialah Kem Desa Pahlawan, Kelantan; Pangkalan Udara Kuantan; Kem Seri Pantai (16 Rejimen Askar Melayu Diraja), Terengganu; Kem Sungai Udang, Melaka; KD Sultan Ismail dan Kem Mahkota Kluang, Johor.
Mohammad Ashraf berkata inisiatif itu mencerminkan pendekatan menyeluruh LTAT terhadap aspek kebajikan ATM yang turut merangkumi keluarga dan komuniti yang membentuk ekosistem pasukan keselamatan negara tersebut.
Loading…
www.bernama.com