combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,156
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,156
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
252 Anggota TDM, RTA Tingkat Kemahiran Taktikal Menerusi Eksesais LAND THAMAL
Kredit: ATM
Sebanyak 252 pegawai serta anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Diraja Thailand (RTA) mempertingkat kemahiran taktikal serta keupayaan operasi menerusi Eksesais LAND THAMAL Siri 29/2026 yang berlangsung di Gerik sejak 5 Ogos lepas.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan eksesais itu melibatkan 197 pegawai dan anggota TDM serta 55 daripada RTA, memberi ruang kedua-dua angkatan tentera itu berkongsi pengetahuan dan pengalaman selain meningkatkan tahap kebolehoperasian serta kefahaman terhadap prosedur taktikal.
Kenyataan itu memaklumkan LAND THAMAL Siri 29/2026 dilaksanakan menerusi tiga fasa utama iaitu Latihan Rentas Bidang (CTX), Latihan Medan (FTX) dan Latihan Tindakan Gabungan Ketenteraan dan Awam (CMCA).
“Pelaksanaan latihan medan memberi pendedahan kepada anggota kedua-dua negara dalam pelbagai aspek taktikal termasuk prosedur tempur, merentas halangan, berpangkalan, rondaan, serang hendap serta serangan ke atas kem musuh.
“Sepanjang pelaksanaannya, eksesais ini memberi penekanan kepada usaha melatih dan meningkatkan pengetahuan serta perkongsian keupayaan taktikal melalui pertukaran idea dan pengalaman, memperkukuh kerjasama serta kefahaman terhadap prosedur taktikal dan mengeratkan hubungan kerja melalui semangat kerjasama serta komunikasi antara kedua-dua angkatan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Majlis Perasmian Pembukaan Eksesais LAND THAMAL Siri 29/2026 disempurnakan oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim dan Panglima Briged Infantri Ke-5 Kolonel Kanan Taweeporn Kanatong di Airstrip Gerik pada 5 Ogos lepas.
Dalam majlis tersebut, Taweeporn menegaskan LAND THAMAL bukan sahaja berperanan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Thailand, malah meningkatkan keupayaan kedua-dua negara menghadapi pelbagai cabaran.
Beliau berkata cabaran itu termasuk bencana alam, ancaman keselamatan, konflik serta isu keselamatan serantau menerusi kerjasama erat dan tahap persefahaman yang tinggi.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan kejayaan LAND THAMAL Siri 29/2026 mencerminkan tahap hubungan profesional dan persefahaman yang kukuh antara TDM dan RTA.