BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

250,000 Dron Berdaftar Dengan CAAM Setakat Ini - Hasbi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

250,000 Dron Berdaftar Dengan CAAM Setakat Ini - Hasbi​

7bc65bd1d8a64cc667bdd409d114d68c6a69925aed439

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ketika pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebanyak 250,000 dron untuk pelbagai tujuan termasuk kegunaan peribadi dan pertanian telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) setakat ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata perkembangan pesat penggunaan dron memerlukan penyelarasan menyeluruh menerusi kerangka kawal selia Ekonomi Altitud Rendah (LAE) yang sedang dibangunkan oleh kerajaan.

"Apabila kerangka ini dilancarkan, memang banyak agensi akan terbabit sebab operasi itu bukan hanya melibatkan aspek perniagaan, tetapi juga keselamatan.

“Sudah pastinya dalam proses pembangunan kerangka itu, semua perkara akan dilihat termasuk keperluan mewujudkan pusat khas di bawah CAAM," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Wu Him Ven tentang rancangan kementerian mewujudkan pusat kawalan khusus bagi menyelaraskan operasi LAE yang melibatkan pelbagai agensi.

Hasbi berkata rundingan awam berhubung kerangka kawal selia LAE akan dimulakan pada Ogos, sebelum dijangka mendapat kelulusan pada September dan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata konsep operasi Mobiliti Udara Termaju (AAM) pula dijadualkan dilancarkan pada Oktober bersempena dengan acara Transport Expo Asia (TXA) 2026.

Kelulusan penggunaan frekuensi dron, katanya, berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan urusan berkaitan dilaksanakan melalui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Beliau berkata selepas itu, butiran operasi dron termasuk lokasi, juruterbang, had ketinggian dan tujuan penggunaan perlu didaftarkan dengan CAAM.

 
Back
Top
Log in Register