BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lelaki SG didakwa atas peranan dalam sindiket penipuan Phnom Penh

adi19

Fun Poster
Messages
780
Joined
Oct 30, 2013
Messages
780
Reaction score
3
Points
25
screenshot_2025-11-17_083109.jpg

Dua suspek anggota sindiket penipuan, Wayne Soh You Chen (kiri) dan Brian Sie Eng Fa, digiring pegawai polis di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 16 November 2025. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki warga Singapura didakwa pada Isnin (17 Nov) kerana berperanan sebagai pemanggil dalam penipuan melibatkan sindiket haram yang berpangkalan di Kemboja, yang menyasarkan serta menipu mangsa di Singapura.

Wayne Soh You Chen, 27 tahun, dan Brian Sie Eng Fa, 32 tahun, dipercayai menjadi pemanggil dalam sindiket penipuan di sebuah pusat panggilan di Phnom Penh, Kemboja, sekitar 9 September tahun ini.

IKLAN

Kedua-dua lelaki itu masing-masing berdepan satu tuduhan di bawah Akta Jenayah Terancang kerana melakukan perbuatan yang mereka sedar akan memudahkan penipuan.

Mereka dituduh membolehkan perbuatan haram sebuah "kumpulan jenayah terancang yang mempunyai kaitan tempatan".
BACA:
2 warga SG didakwa pada 17 Nov; terkait sindiket penipuan Phnom Penh
Saudara lelaki dan teman wanita individu yang dipercayai ialah pemimpin sindiket tersebut, Ng Wei Kang dan Christy Neo Wei En, kini ditahan reman di Singapura selepas permohonan ikat jamin mereka ditolak.

Individu yang dipercayai menjadi ketua sindiket tersebut, seorang warga Singapura, Ng Wei Liang, masih belum diberkas bersama 31 suspek lain.

Soh dan Sie diekstradisi dan diberkas sejurus tiba di Singapura pada 16 November.

Selepas didakwa pada Isnin, mereka akan ditahan reman bagi siasatan dan akan kembali ke mahkamah pada 24 November.

IKLAN

Jika sabit kesalahan kerana terlibat dalam melakukan perkara yang mereka tahu akan memudahkan pelakuan sebarang kesalahan serius untuk memajukan tujuan haram sindiket, lelaki-lelaki tersebut boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.

 
Back
Top
Log in Register