BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 warga SG didakwa pada 17 Nov; terkait sindiket penipuan Phnom Penh

Bob_SG

Fun Poster
Messages
721
Joined
Jun 14, 2025
Messages
721
Reaction score
2
Points
25
screenshot_2025-11-17_083109.jpg

Dua suspek anggota sindiket penipuan, Wayne Soh You Chen (kiri) dan Brian Sie Eng Fa, digiring pegawai polis di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 16 November 2025. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki warga Singapura yang dipercayai adalah anggota sindiket penipuan yang berpangkalan di Kemboja akan didakwa di mahkamah pada Isnin (17 Nov) selepas mereka diekstradisi dari Kemboja dan Thailand, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad.

Kedua-dua lelaki itu, berusia 27 dan 32 tahun, dipercayai adalah sebahagian daripada sekumpulan 27 warga Singapura dan tujuh warga Malaysia yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam penipuan menyamar diri sebagai pegawai pemerintah yang menyasarkan mangsa di Singapura.

IKLAN

Kumpulan jenayah terancang itu, yang beroperasi dari ibu kota Kemboja, Phnom Penh, dipercayai bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 438 kes penipuan yang dilaporkan, melibatkan kerugian sekurang-kurangnya S$41 juta.

Kumpulan tersebut berjaya dilumpuhkan melalui satu operasi bersama oleh SPF dan Polis Kebangsaan Kemboja (CNP) pada 9 September 2025. Sebagai sebahagian daripada siasatan berterusannya, SPF sebelum ini mengeluarkan perintah larangan pelupusan dan merampas aset-aset yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah itu.

Lelaki berusia 27 tahun, Wayne Soh You Chen, diberkas CNP di Phnom Penh, manakala lelaki berusia 32 tahun, Brian Sie Eng Fa, diberkas oleh Polis Diraja Thailand (RTP) dalam satu serbuan di Khon Kaen, Thailand, menurut SPF dalam satu kenyataan media.

“Kedua-dua lelaki itu adalah antara 34 suspek yang dikehendaki SPF kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang,” dedah polis. “Penangkapan tersebut merupakan hasil kerjasama rapat dan perkongsian risikan antara SPF, RTP dan CNP.”

Kedua-dua lelaki itu dihantar pulang ke Singapura dan diberkas sejurus tiba di sini pada Ahad, menurut SPF.

IKLAN

Mereka akan didakwa di mahkamah pada Isnin (17 Nov) atas kesalahan memudahkan pelakuan kesalahan serius bagi tujuan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Jenayah Terancang.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

“SPF ingin merakamkan penghargaan kepada RTP dan CNP atas sokongan kukuh mereka, dan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan penguatkuasaan undang-undang luar negara untuk memberkas para individu yang melakukan penipuan,” tegas SPF.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek lain diminta menghubungi SPF di talian 1800 255 0000. Pemanggil dari luar negara boleh menghubungi +65 6255 0000. Maklumat mengenai suspek juga boleh dihantarkan kepada SPF secara online.

Semua maklumat yang diterima SPF akan dirahsiakan sepenuhnya, menurut polis.

 
Back
Top
Log in Register