akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Langkawi: Seorang duda dan pengemas hotel ditemukan meninggal dunia di rumah masing-masing dalam dua kejadian berasingan, di sini, semalam.
Mayat lelaki berusia 37 tahun ditemukan tergantung di rumahnya di Kampung Ewa pada 3.55 petang, manakala mayat wanita berusia 27 tahun ditemukan di Kampung Lin Chai, Mukim Kedawang di sini, pada 7 malam.
Dua hari hilang, rupanya meninggal di rumah
Budak lemas dalam longkang ketika main hujan
PKPD Kampung Bukit Malut: Warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah
Tidak kunjungi rumah bapa saudara, lelaki ditemukan meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, bagi kes pertama, lelaki berstatus duda anak tiga itu tinggal bersama ibu dan adiknya.
"Mangsa tinggal dalam bilik di tingkat atas dan tidak turun semalaman menyebabkan ibunya pergi memeriksa bilik sebelum menemui mayatnya tergantung.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shariman berkata, kes kedua membabitkan mayat wanita yang memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu ditemukan tergantung dengan kabel elektrik.
"Kejadian disedari anak tiri mangsa sebelum menghubungi bapanya yang berada di tempat kerja.
"Kematian mangsa disahkan petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke HSM untuk ujian Covid-19 dan bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, setakat ini kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).