BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB punca kejatuhan Najib

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjadi punca kepada kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri khairuddin Abu Hassan terhadap 1MBD membuktikan kedudukan Najib yang semakin meruncing.

"1MDB akan menjadi punca kejatuhan Najib, selain daripada laporan polis terdapat perbincangan skandal itu oleh jemaah menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan perkembangan yang bakal membawa impak yang besar.

"Tentu ada niat tertentu apabila perbincangan sulit kabinet bagi isu ini boleh sampai kepada pengetahuan media," jelasnya yang dipetik Selangor Kini.

Menurut Husam lagi, keberanian seorang pemimpin Umno Bahagian yang membuat laporan polis merupakan satu tindakan yang mengejutkan semua pihak.

"Bukankah menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini, Najib telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB.

"Dua perkara berlaku serentak, laporan polis dan perbincangan jemaah menteri dan sekarang bergantung kepada keberanian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meneruskan siasatan.

"Persoalannya beranikan Zahid untuk membenarkan siasatan tersebut dan bertindak secara profesional," sambung beliau lagi.

Khairuddin sebelum itu membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam terhadap 1MDB, firma pelaburan yang dicetuskan oleh Najib.

Beliau yang membuat laporan tersebut kerana berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang didakwa tidak telus.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menyiasat laporan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Batu Kawan berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya.

Jelasnya, siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) dan perbincangan kes tersebut akan diadakan dengan Pejabat Peguam Negara untuk arahan seterusnya.

Beliau juga tidak menolak pengarah syarikat terbabit akan dipanggil bagi membantu siasatan. – HARAKAHDAILY
 
Adakah ramalanmu benar belaka?

just sit back and relax and enjoy our popcorn.
 
najib perlu berundur dan digantikan dengan abg din kita untuk menyelamatkan umno..
jika tidak...
 
senang je cite die nnti. ini semua fitnah. pastu nnti kena gantung keahlian. sekian
 
Najib cukup2 la,,xada menteri yg batak selain ko sorg
 
jgn lak tetiba nanti beliau wat u turn, tarik balik report, mintak maaf secara terbuka atas dakwaan etc etc
 
Back
Top
Log in Register