BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

19 peniaga warga asing ditahan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
image.jpg

KLANG - Seramai 19 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu warga asing melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Imigresen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, di sini, kelmarin

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, warga asing dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan memiliki dokumen perjalanan yang diragui

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, seramai 69 warga asing diperiksa dan 50 daripadanya dibebaskan selepas semakan dan dokumentasi dilakukan pihak imigresen

“Semua yang ditahan itu diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya

Menurutnya, operasi kali keempat di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru itu bertujuan membanteras kegiatan perniagaan warga asing yang melanggar undang-undang

“Semasa operasi dilakukan, semua warga asing berkenaan mengaku diupah majikan untuk bekerja

“Siasatan lanjut turut dijalankan dan mendapati konsep 'ali baba' perniagaan tidak wujud di situ,” katanya

Mohamad Yasid berkata, semua majikan yang mengupah warga asing sebagai pekerja harus memastikan mereka mempunyai permit sah dalam bidang sama

“Kita akan kuat kuasa perkara ini dan jika didapati permit yang dimiliki mereka bukan dalam bidang tersebut, maka tindakan tegas akan diambil,” katanya
 
tangkap dan bebas
sebab warga asing diupah untuk berniaga

berniaga ni kerja kotor dan berat juga ke

ada yg jadi cashier pun ramai
 
Back
Top
Log in Register