BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

19 pekerja asing ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Seorang warga asing bersembunyi di bawah longgokan plastik guni ketika diserbu penguat kuasa dalam Op Mahir di sebuah kilang di Taman Perindustrian Krubong, Melaka, kelmarin.​

MELAKA 15 Ogos - Jabatan Imigresen negeri menahan sebanyak 19 pekerja asing dan dua lelaki tempatan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam serbuan Op Mahir yang dijalankan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Krubong, di sini semalam.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 12 warga Bangladesh, enam Pakistan dan seorang warga Myanmar dalam operasi selama sejam bermula pukul 3.30 petang itu.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hassan berkata, turut ditahan adalah dua lelaki masing-masing berusia 50 dan 58 tahun yang merupakan pengurus di kilang tersebut.

Beliau berkata, kesemua warga asing terbabit berusia antara 28 hingga 43 tahun bekerja sebagai operator pengeluaran bahagian pemprosesan guni plastik di kilang itu.

“Serbuan dibuat berikutan aduan yang diterima daripada penduduk tempatan mengenai tindakan pihak pengurusan yang didakwa menggaji pekerja asing di kilang tersebut.

“Ketika diserbu, sebahagian daripada pekerja warga asing itu cuba bersembunyi dalam longgokan guni plastik namun selepas digeledah mereka berjaya ditahan untuk diperiksa,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai serbuan itu di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri di Ayer Keroh, di sini.

Menurut Abu Bakar, dalam serbuan itu sebanyak 63 pekerja asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 19 daripada mereka ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah, tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan dan menggaji pekerja asing secara tidak sah.

Beliau berkata, kesemua pekerja asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sewaktu serbuan dibuat, pihaknya berdepan sedikit masalah apabila pekerja kilang itu lambat membuka pintu selepas diketuk malah pengawal keselamatan kilang itu dikatakan cuba menyorok kad kedatangan pekerja warga asing berkenaan bagi mengelak daripada dikesan.

Abu Bakar menambah, serbuan disertai sebanyak 18 anggota dan pegawai dan ini merupakan kali kedua ke atas pengurusan yang sama namun di lokasi yang berlainan.

Katanya sebelum ini pada 4 Ogos lalu, pihaknya menyerbu cawangan kilang itu di Masjid Tanah dekat sini dan menahan 23 pekerja warga asing dan seorang pengurus warga tempatan.

“Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register