BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 Nov Keputusan Semakan Kehakiman Taksiran Cukai Mukhriz

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

16 Nov Keputusan Semakan Kehakiman Taksiran Cukai Mukhriz​

2d5a23b5d31c3b811aa29cd98c4a9f6a6a7189f980135

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Gambar fail)

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Nov depan bagi keputusan semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadapnya membabitkan lebih RM5 juta bagi 2017 hingga 2019.

Hakim Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian selepas mendengar hujahan peguam Nizamuddin Abdul Hamid mewakili Mukhriz selaku pemohon dan Peguam Kanan Hasil Marina Ibrahim yang mewakili Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri selaku responden.

Terdahulu, Nizamuddin berhujah taksiran tambahan bagi 2019 telah dijelaskan dan notis berkenaan adalah tidak sah kerana ia dikeluarkan selepas tamat tempoh lima tahun yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beliau berkata walaupun notis itu dikeluarkan selepas tempoh berkenaan, LHDN sepatutnya menyatakan secara khusus alasan bagi pelanjutan tempoh tersebut sama ada disebabkan penipuan, keingkaran disengajakan atau kecuaian.

"Dalam kes ini tiada alasan diberikan…jika alasan itu dinyatakan, kami akan membawa perkara ini ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT),” kata peguam itu.

Nizamuddin berkata pihaknya hanya mengetahui bahawa pelanjutan tempoh itu dibuat atas alasan kecuaian selepas cabaran undang-undang difailkan di mahkamah.

Sementara itu, Marina berhujah bahawa notis tersebut dikeluarkan selepas tempoh asal kerana lanjutan masa telah diberikan kepada bekas Menteri Besar Kedah itu untuk menyelesaikan urusannya berhubung permintaan maklumat oleh LHDN.

“Pada masa yang material, lanjutan masa diberikan untuk menyediakan dokumen berkenaan dan adalah tidak adil untuk menggunakan perkara itu terhadap responden,” katanya yang memaklumkan kes itu masih bergantung kepada fakta dan mahkamah tidak boleh mendengar serta memutuskan perkara berkaitan cukai.

Beliau berkata SCIT merupakan tribunal yang tepat untuk mendengar perkara tersebut kerana badan itu mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan isu berkaitan had masa.

 
Back
Top
Log in Register