BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

158 Pengantara pro Bono Berdaftar Di Bawah Inisiatif AIAC - Kulasegaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

158 Pengantara pro Bono Berdaftar Di Bawah Inisiatif AIAC - Kulasegaran​

c4e791e2f08c2c884f7e0d073992fee06a50b08eaf465


Sebanyak 158 pengantara pro bono telah berdaftar di bawah Inisiatif Pengantaraan Komersial Pro Bono Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) setakat ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.

Kulasegaran berkata inisiatif yang dilancarkan di bawah Pusat Mediasi MADANI pada 18 Mei itu mencerminkan sokongan padu profesion undang-undang untuk meluaskan akses penyelesaian secara adil.

Beliau berkata inisiatif itu menyediakan perkhidmatan pengantaraan komersial percuma untuk lebih 26 kategori pertikaian komersial yang melibatkan tuntutan kurang daripada RM250,000 dan ke bawah, dengan tujuan memudahkan penyelesaian pertikaian komersial yang cepat dan berstruktur.

"Sejak pelaksanaannya pada Mei, AIAC juga aktif menerima kes dan pertanyaan mediasi pro bono. Saya difahamkan setakat ini, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, hampir 10 kes telah didaftarkan.

"Antara perkara pertama yang akan saya lakukan minggu depan ialah mengarahkan mereka menjemput Majlis Peguam untuk bertemu dan melihat bagaimana kita boleh memudahkan dan memperkukuhkan lagi agar orang biasa juga boleh mendapat manfaat daripadanya," katanya dalam ucapan semasa majlis perasmian dan pelancaran Pusat Pengantaraan Peguam Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Peguam Malaysia Anand Raj, Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia dan Pengerusi Pusat Pengantaraan Antarabangsa Malaysia (MIMC) Murshidah Mustafa, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak Shuhaida Kassim, Pengerusi Majlis Peguam Perak Dr Saravanabavan Mathialagan dan Pengarah Pusat Pengantaraan Majlis Peguam Perak S.V. Namasoo.

Sementara itu pada sidang media kemudiannya, Kulasegaran berkata ramai yang beranggapan cara terbaik menyelesaikan kes sivil adalah di mahkamah, sedangkan peguam adalah seseorang yang dapat menyelesaikan kes di luar mahkamah.

"Ini (pengantaraan) adalah satu cara dan perlu diberi pertolongan atau bantuan, dan Kerajaan MADANI akan menolong mereka seberapa yang boleh. Kalau litigasi, ia akan ambil masa, contohnya kalau katakanlah anda buat satu kes di mahkamah tinggi, selepas itu ada rayuan, ada lagi satu rayuan, ada beberapa peringkat.

"Dan saya sendiripun buat kes ada 10 tahun, 15 tahun. Yang ini (pengantaraan) dapat menyelesaikan perkara dengan seberapa awal yang bagus. Ini saling memberi manfaat bagi kedua-dua pihak dan perlu diberi keutamaan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register