BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

154 Pesakit Terima Rawatan Di Lapan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

154 Pesakit Terima Rawatan Di Lapan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM​

a2fe3c7c90aaef24d36e1ab3f279ccf76a5f1f2edb72a

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Semaon Marjuki (kiri) menyantuni pesakit yang sedang menjalani rawatan semasa melawat Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM selepas merasmikannya di Muadzam Shah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim (dua, kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 154 pesakit daripada pelbagai latar belakang agensi kerajaan, sektor swasta serta awam kini menerima rawatan di lapan Pusat Dialisis Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mejar Jen Datuk Semaon Marjuki berkata daripada jumlah itu, 54 orang merupakan pesakit dalam kalangan veteran ATM.

“Pesakit yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM cawangan Muadzam Shah adalah sebanyak lapan orang, dengan dua daripadanya merupakan veteran ATM,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan pusat dialisis itu di sini hari ini.

Selain cawangan di Muadzam Shah, beliau berkata pihaknya akan membuka sebuah lagi pusat dialisis di Jempol, Negeri Sembilan pada Ogos ini, sekali gus melengkapkan rangkaian sembilan pusat dialisi Yayasan Veteran ATM.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan pelan strategik Kementerian Pertahanan untuk memastikan kesejahteraan veteran ATM terpelihara dari sudut ekonomi dan kesihatan selepas menamatkan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Semaon turut mengetengahkan keunikan perkhidmatan pusat dialisis berkenaan yang menyediakan bantuan pengangkutan pergi dan balik bagi pesakit di semua pusat dialisis yang terlibat.

"Ini merupakan satu kelebihan yang membezakan pusat dialisis kita berbanding yang lain. Kita bukan sahaja mahu menarik pesakit mendapatkan rawatan di sini tetapi juga memudahkan urusan harian mereka untuk hadir menerima rawatan," katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Razali Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM Lt Kol Azwadi Jamian.

 
Back
Top
Log in Register