combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada prosiding pendengaran saman berjumlah USD14.57 juta difailkan Global Royalty Trading SAL terhadap beliau berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa sebanyak 12,009 barang kemas yang disita dari sebuah unit di Pavilion Residences dianggarkan bernilai RM443,319,206.90.
ACP Foo Wei Min, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urusetia Ketua Polis Negara, Bukit Aman berkata jumlah nilai anggaran kasar itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan dan penilaian dibuat oleh DSP Yeap Yoke Peng dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan bantuan pakar barang kemas pada 30 Mei hingga 25 Jun 2018.
"Barang kemas itu diserahkan dan disita oleh pasukan siasatan dan pihak pendakwa raya telah memfailkan suatu permohonan pelucuthakan harta melibatkan barang-barang yang disita," katanya.
Beliau berkata demikian pada prosiding pendengaran saman berjumlah USD14.57 juta difailkan syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia turut dimasukkan sebagai pihak ketiga dalam saman itu.
Foo yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Oktober 2001 berkata pada 17 Mei 2018, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman diketuai SAC Mohd Sakri Arifin membuat pemeriksaan di sebuah unit kondominum di Pavilion Residences berdasarkan waran geledah.
Katanya, polis kemudian merampas harta-harta alih antaranya 35 beg mengandungi wang tunai pelbagai dominasi, enam beg mengandungi jam tangan pelbagai jenama serta 25 beg berisi pelbagai barang kemas.
Beliau berkata turut disita ialah tiga beg mengandungi cermin mata pelbagai jenis dan jenama, sebuah beg berisi dompet pelbagai saiz dan jenama serta 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama.
Foo yang merupakan saksi kelima bagi pihak ketiga berkata pendakwa raya kemudian memfailkan suatu permohonan pelucuthakan harta melibatkan barang-barang disita.
12,009 Barang Kemas Bernilai Lebih RM443 Juta Disita Di Pavilion Residences - Saksi
Mahkamah Tinggi, pendengaran, Rosmah Mansor, baran