BTC USD 52,301.0 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info 11 Panduan Keselamatan Semasa Berlaku Ribut Petir

notepad

Super Active Member
Messages
9,573
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,573
Reaction score
835
Points
126

Penting Tahu Peraturan 30/30, Ia Tanda Kita Begitu Hampir Dengan Panahan Petir!​

tips-elak-panahan-petir.jpg




kilat-petir.jpg


11 panduan keselamatan berikut semasa ribut petir :
#1 : Semak ramalan cuaca.
Semak ramalan cuaca sebelum keluar dan ketahui sebarang kejadian rebut atau perkembangan rebut petir di kawasan setempat.
Langit yang gelap, kilat atau angina kencang menandakan rebut bakal melanda.

#2 : “Kilat ke petir (flash-to-bang)”
Jika ribut petir melanda, hitung saat antara kilat dan petir untuk mengangga rjarak antara anda dengan petir. Bunyi bergerak sejauh 1 batu dalam tempoh 5 saat.

Oleh itu, gunakan formula “kilat ke petir”, untuk menganggar jarak petir.
Cari tempat berlindung sekiranya masa antara kilat dan guruh adalah 30 saat atau kurang (6 batu).

Sekiranya berada dalam bangunan, hentikan melakukan sebarang aktiviti sehingga selepas 30 minit guruh yang terakhir kedengaran.
Peraturan ini dikenali sebagai Peraturan Petir 30/30 (30/30 Lightning Rule).

*Ingat! Walaupun jarang berlaku, petir dilaporkan boleh menyambar sejauh melebihi 10 batu atau di kawasan hujan. Langit biru tidak semestinya tiada petir. Kilat boleh menyambar dari kawasan hujan yang jauh.
lightning-safety-1024x542.jpg


#3 : Cari Tempat Berlindung
Bangunan yang kukuh adalah tempat yang paling selamat untuk berlindung semasa rebut petir.
Elakkan berlindung di bawah bangsal dan pondok di kawasan berkelah.
Kereta boleh juga dijadikan tempat berlindung. Namun, pastikan tingkap kereta ditutup.

#4 : Elakkan berlindung di bawah pokok yang terpencil atau objek yang tinggi.
Berlindunglah di bawah pokok yang rendah dan rendang.

#5 : Keluar dari kawasan yang berair.
Air boleh mengalirkan arus elektrik

# 6 : Jangan berkumpul di dalam satu kumpulan.
Berpecahlah.

#7 : Jangan sekali-kali berbaring di atas tanah semasa ribut petir.

#8 : Jangan memegang sebarang logam seperti basikal, kayu golf, pancing, raket tenis atau logam yang lain.

#9 : Sekiranya berbasikal dan terdapat kilat petir dalam jarak 5 kilometer.

Berhenti mengayuh, tinggalkan basikal, dan berlindunglah di dalam longkang atau di tempat yang rendah dan duduk.

# 10 : Langkah terakhir, ambil kedudukan selamat (lightning-safe position) semasa petir.
Jika terperangkap dalam rebut petir (iaitu rambut menegak, kulit berasa gatal, atau terdengar bunyi berderak), segera mencangkung dan jengkitkan kedua-dua tumit kaki, tundukkan kepala dan tutup kedua-dua belah telinga dengan tapak tangan.

Sesetengah pakar mengesyorkan tangan diletakkan di atas dahi dan siku di atas lutut untuk mengalirkan renjatan kilat ke tanah menerusi kaki dan bukannya jantung.
(Rujuk gambar di bawah)
tips-keselamatan-ribut-petir.png

Link gambar kedudukan selamat semasa petir : http://www.edu4hazards.org/lightning_crouch.html

#11 : Jika terdapat petir, segera cari tempat berlindung.
Jangan tunggu sehingga hujan turun.
Sumber: KKM MyHealth & Public Health Malaysia

 
Top
Log in Register