BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,123.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Perkara Penting Peringatan Dari Bumi

Ter Te Kang

Active+ Member
Messages
3,758
Joined
May 16, 2010
Messages
3,758
Reaction score
69
Points
30
Assalamualaikum w.b.t

bumi_kiamat.jpg


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Gunakan lah kesempatan ini untuk muhasabah diri. BAGAIMANA AMALAN KITA DIBUMI UNTUK AKHIRAT
 
Last edited:
Thank PembukaTopik, mesej 'makan dalam' nie, memang kita kena ingat mati at least 20 kali sehari...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com​
 
neraka mmg bawah kita ke. org putih percaya benda ni

hell_inside_earth.jpg

images.jpg
 
Back
Top
Log in Register