Aku beberapa tahun lepas kerap gak mimpi yang No.1 tu... Falling...
Dalam mimpi aku akan berada dan berdiri di atas bangunan, yang mana bangunan tu bangunan paling tinggi di dunia... Aku tak nampak apa, bawah aku cuma awan berkepul kepul... Makna, bangunan tu lebih tinggi dari awan....
Dan bangunan tu pulak muat-muat aku berdiri jer... Bila aku pandang jer bawah, terus jatuh... Time tu jugak, aku terjaga...
Memang kerap aku dapat mimpi nie beberapa tahun lepas...
Rupanya, ia adalah amaran dari Mind Separa Sedar bahawa ada sesuatu dalam hidup aku berada di luar kawalan... Ia juga berkaitan dengan kekecewaan ye...