oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
Gambar kebakaran hutan di Bukit Palas, Cherating membabit 10 hektar keluasan kebakaran. - NSTP/Ihsan Bomba Pahang
KUANTAN: Kawasan hutan kira-kira 10 hektar di Bukit Palas di Cherating di sini, terbakar hari ini dipercayai akibat cuaca panas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad, berkata pihaknya membuat pemantauan udara kira-kira jam 8 pagi tadi mengunakan dron.
“Kita mahu mengesan akses laluan masuk ke lokasi, selain mengesan sumber air terbuka untuk kegunaan operasi pemadaman.
“Operasi pemadaman menggunakan dua pam angkut bagi mengawal api daripada merebak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, luas keseluruhan kawasan hutan terbabit kira-kira 4.35 kilometer dan kawasan yang sudah terbakar dianggarkan seluas 25 hektar.
Selain itu, Nor Hisham berkata, kira-kira empat hektar belukar di sempadan ladang FELCRA Pulau Rumpun di Pekan terbakar, semalam.
“Bomba terpaksa menggunakan pam angkut dan pam milik ladang berkenaan kerana jentera tidak boleh masuk ke kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya sedang berusaha memadamkan kebakaran kedua-dua kawasan berkenaan sambil melakukan pemantauan.
Menurut beliau, kawasan yang mengalami kebakaran ini akan terus dipantau untuk mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/593344/10-hektar-hutan-di-cherating-terbakar
.