BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Cedera Kemalangan Roller Coaster Di Subang Jaya, Tiada Kematian Dilaporkan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

10 Cedera Kemalangan Roller Coaster Di Subang Jaya, Tiada Kematian Dilaporkan​

39f4460427df4d08584ef38ea7f64bec67f3359f33dfa

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat

Sebanyak 10 individu termasuk pelancong luar negara cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan permainan roller coaster di sebuah taman tema di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi semalam, namun siasatan mendapati kejadian sebenarnya berlaku kira-kira 9 malam, Sabtu.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat 22 orang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun sedang bermain permainan kenderaan lungsur berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapat rawatan.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan terbabit dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

 

"Tragedi Sunway Lagoon" | 10 CEDERA - ROLLER COASTER TERSANGKUT DI TENGAH LANDASAN​

kita tidak mahu kes sebegini berlaku lagi. ini kes sudah melibatkan nyawa dan nyawa bukannya ada jual di pasar borong. pihak Sunway perlu bertanggungjawab, pastikan fasiliti disediakan dalam keadaan baik. kita tidak mahu tragedi Arfah berulang kembali. sekian terima kasih..

 

TRAGEDI SUNWAY LAGOON: Kenapa Media Padam Nama "Sunway" & Guna "Subang Jaya"? 🚨

Satu roller coaster menjunam di dalam kegelapan. Gerabak bergegar hebat, dan mangsa tercampak keluar. Jeritan ngeri memecah kesunyian malam.

Tetapi kenapa keesokan harinya... senyap?
Mengapa laporan berita perdana menukar nama taman tema terkenal ini kepada sekadar "sebuah taman tema di Subang Jaya"?
Adakah kuasa wang korporat begitu kuat sehinggakan nyawa pengunjung boleh diselesaikan "bawah meja"?

Dalam dokumentari penyiasatan ini, kami membongkar sejarah hitam keselamatan Sunway Lagoon yang cuba ditutup daripada pengetahuan umum:
Ogos 2026 (Scream Coaster): Kegagalan teknikal selepas baru seminggu beroperasi selepas "refurbishment" selama dua bulan. 10 mangsa cedera parah dan tuntutan audit keselamatan menyeluruh bermula!

Tragedi Disember 1997: Kisah hitam "Runaway Train" di mana seorang kerani wanita tercampak terus dari landasan dan jatuh menemui maut.

Lopong Undang-Undang Malaysia: Bagaimana ketiadaan undang-undang "corporate manslaughter" (pembunuhan korporat) di Malaysia membolehkan syarikat gergasi terlepas daripada pendakwaan jenayah apabila berlaku kematian.

Strategi "Mengaku Salah": Taktik licik syarikat besar yang lebih rela bayar denda murah berbanding berdepan perbicaraan penuh demi menjaga reputasi saham mereka.

Saksikan bagaimana kuasa viral media sosial akhirnya memecahkan tembok kerahsiaan korporat ini daripada terus disenyapkan.

 
sunwat lagooon nie barang2 dia dah puluh tahun kot tak upgrade...safety dia out

tu sbb untung bnyk
 
kali ke 2 Sunway buat hal dlm jangkamasa yg singkat......

aku tak boleh hadam ada rumours managemnet sunway ni berusaha keras tak nak kejadian ni tersebar...siap ugut & bayar orang yg ada kat situ...
tahun 2026 wooii , mat rempit tak kerja pun mampu beli phone yg ada camera...

dulu pun kes keracunan staff MCMC pun sini kan??? dah diam ke? sis Fahmi dah kenyang ke???
 
Back
Top
Log in Register