BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 1 SOP, 9 Garis Panduan, Fasa Endemik Bermula 1 April 2022 - PM

DIY bulan lain boleh la......bulan puasa kena pergi bazar......naik motor kena angin petang, beli lauk penuh tangan, baru layan......makan kenyang-kenyang lepas azan....pastu kalau pergi tarawikh asyik buat lapan......kihkihkih.

Bertabahlah.

Size mesti makin kecik.

Murtabak khususnya.

Bawang lagi banyak dari telur 🤣

Aku tak pasti murtabak daging atau ayam tu guna apa sebagai inti.
 
PERALIHAN FASA ENDEMIK | Pemakaian Pelitup Muka Masih Wajib

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan walaupun negara akan memasuki proses peralihan Fasa Endemik menjelang 1 April ini.

 
Adakah kita sebenarnya sudah bersedia untuk beralih atau melakukan transisi daripada pandemik kepada fasa peralihan ke endemik?
Dengarkan penjelasan oleh Dr Priya Ragunath Ketua Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan dalam program Ruang Bicara, Bernama.

 
FASA ENDEMIK | Sabah Siap Sedia Terima Pelancong Asing

Sektor pelancongan, antara sumber pendapatan utama ekonomi Sabah bakal kembali rancak dan dijangka membawa pulangan berganda apabila sempadan negara dibuka 1 April ini.

 
ENDEMIK | Kurangkan Bergantung Kepada RT-PCR Untuk Ujian Saringan

Orang ramai perlu mengurangkan kebergantungan kepada ujian saringan RT-PCR ketika negara beralih ke fasa endemik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, adalah memadai dengan melakukan ujian RTK Antigen bagi mengesan jangkitan COVID-19 kerana ia lebih murah dan mudah didapati di pasaran.

 
IMG_20220315_231401_751.jpg

Dalam Fasa Peralihan ke Endemik, peranan komuniti amat penting agar kita dapat hidup secara sihat dan selamat walaupun virus COVID-19 masih lagi berada dalam persekitaran.

Fasa ini merupakan ‘exit strategy’ dan amat kritikal bagi membawa kita ke fasa endemik yang membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal.


👍 Untuk berjaya Hidup bersama virus COVID-19 atau Living with COVID-19 virus setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah seperti dikongsikan.


#ReopeningSafely
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

55m ·

Fasa peralihan ke endemik akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan meningkat terutamanya bagi kumpulan individu dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-kanak yang belum divaksinasi.

Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, bermula 1 April nanti, sempadan negara akan dibuka, kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga lewat malam dan saf solat jemaah juga sudah tidak ada lagi penjarakan.

Bagi memastikan kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan dengan selamat, pastikan anda telah menerima vaksinasi dos penggalak bagi yang layak dan pastikan juga anak-anak anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Data bagi setiap 100,000 populasi menunjukkan kadar kematian warga emas akibat COVID-19, terutamanya bagi yang belum menerima vaksinasi lengkap ataupun yang belum menerima dos penggalak, adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain dan juga berbanding mereka yang telah menerima dos penggalak.

Lindungilah diri sendiri dan lindungilah keluarga serta seluruh komuniti dengan mendapatkan dos penggalak. Vaksinasi mampu melindungi diri dan individu berisiko tinggi termasuk warga emas daripada jangkitan serius COVID-19.

1647491784556.png
 
Back
Top
Log in Register