21m ·
Kerajaan menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, indikator berkenaan merangkumi jumlah penggunaan katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal; kadar positif COVID-19.
Tujuh indikator penentu negara masuk fasa endemik
November 1, 2021 @ 2:17pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, indikator berkenaan merangkumi jumlah penggunaan katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal; kadar positif COVID-19.
Selain itu, jumlah petugas KKM yang dijangkiti serta jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke wad; jumlah kematian harian dan purata tujuh hari; kadar insiden kes harian serta kadar vaksinasi populasi keseluruhan.
"Untuk masuk ke fasa endemik, kerajaan menetapkan tujuh indikator dan satu daripadanya adalah kapasiti penggunaan katil hospital, yang ketika ini masih tinggi dengan ada yang melebihi 50 peratus.
"Untuk menjangkau ke peringkat endemik, kadar penggunaan katil keseluruhan mesti kurang daripada 30 peratus, ICU kurang 10 peratus dan jumlah PKRC kita sasarkan kurang 30 peratus.
"Kapasiti makmal untuk menjalankan ujian pula perlulah melebihi 90 peratus; kadar positif dalam endemik mestilah kurang lima peratus; jumlah petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 mesti di tahap minima iaitu kurang satu peratus; dan kadar kes COVID-19 yang teruk masuk ke wad perlu kurang daripada 0.5 peratus.
"Jumlah kematian purata tujuh hari pula disasarkan kurang daripada 0.8 peratus, dengan jumlah kematian harian kurang daripada 10 kes; insiden kes pula kurang 1,200 sehari dan vaksinasi perlu lebih 80 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif yang bertanyakan bila KKM akan mengisytiharkan Malaysia masuk ke fasa endemik serta sama ada rakyat Malaysia sudah bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.
www.bharian.com.my