BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 1 SOP, 9 Garis Panduan, Fasa Endemik Bermula 1 April 2022 - PM

IMG_20220308_235845_028.jpg


10 SOP Dikuatkuasakan​
 
IMG_20220309_000613_553.jpg

🗓 1 APRIL 2022 PERMULAAN BAHARU UNTUK MALAYSIA, BERALIH KE FASA ENDEMIK COVID-19

Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan exit strategy untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir 2 tahun berperang dengan COVID-19.

Ismail Sabri Yaakob
Khairy Jamaluddin
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
-Infografik-
 
"Mereka sepatutnya menjaga diri sendiri," kata Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

1646789163052.png


Peralihan ke endemik: Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab - Pakar


Diterbitkan: Mar 9, 2022 8:30 AM

Dikemaskini: 8:30 AM



https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/613644
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/613644
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/613644
Pakar kesihatan berpandangan bahawa rakyat Malaysia dilihat sudah bersedia memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dengan pendedahan maklumat yang begitu meluas berhubung Covid-19 sejak wabak itu melanda negara hampir dua tahun.

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman berkata dengan jumlah vaksinasi lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi kanak-kanak yang kini giat dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengawal wabak apabila memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ bermula 1 April.

"Saya percaya kerajaan sudah memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan tentang wabak Covid-19 ini dan mereka sepatutnya mempunyai kesedaran serta membuat keputusan yang terbaik dalam melindungi diri daripada mendapat jangkitan.

"Mereka sepatutnya menjaga diri sendiri kerana maklumat telah diberikan oleh KKM sejak wabak ini melanda negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.




Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan.

"Kita harus tahu sebenarnya ada segelintir golongan yang tidak boleh divaksin disebabkan oleh faktor kesihatan dan golongan inilah yang perlu kita lindungi apabila negara beralih ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’.

"Mereka ini adalah golongan rentan, berisiko tinggi serta mempunyai komplikasi serius serta berdepan dengan kematian dan oleh kerana kesan daripada Covid-19 sangat tinggi dalam kalangan mereka, sangat wajar untuk semua rakyat Malaysia mengambil berat kesihatan masing-masing dan mengamalkan cara hidup yang sihat," katanya.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata KKM sudah bersiap siaga dalam berhadapan peralihan fasa itu.

"Kita tidak perlu risau kerana KKM kini sudah mempunyai beberapa perancangan dan pelan yang rapi untuk ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ ini berbanding waktu permulaan wabak ini melanda negara.

"Dulu kita tiada rawatan, tak bersedia, ventilator tak banyak dan tiada cara pencegahan yang betul, namun selepas dua tahun lebih banyak uji kaji yang telah dilakukan dan kita dah faham macam mana nak rawat kalau berhadapan dengan situasi yang disebabkan Covid-19 ini.

"Walaupun terdapat kes yang dimasukkan ke ICU (Unit rawatan Rapi) akibat varian baru Omicron kita dah ada pelan tindakan yang lebih tersusun dan kita mampu untuk mengawalnya," katanya.

Dr Hanafiah juga menasihatkan mereka yang berada dalam sektor pelancongan untuk lebih berhati-hati dan mengekalkan SOP yang lebih ketat susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ bermula 1 April ini iaitu fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan Covid-19.
- Bernama

 
Yayyy. Harapan saya:

- anggap saja COVID macam sakit biasa (demam, selsema etc). doktor bagi MC 1-2 hari sudah. tak perlu lah kuarantin sampai 5 hari tu. menyusahkan hidup orang.
- kontak rapat pun kalau tak bergejala tak payah lah ikut kuarantin sekali.
- tak perlu scan MySJ lagi dah kat premis. MySJ utk tunjuk rekod vaksinasi sahaja.
- penjarakan fizikal ok. tiada masalah.
- cuma mask tu harap ada tempoh tertentu sahaja especially budak2. kesian kecik2 kena pakai mask. takkan selamanya nak pakai mask?

Semoga kehidupan kita semua boleh kembali normal bermula tahun depan. Manusia berjaya mengatasi Spanish flu 1920-an dlm 4 tahun. Jadi harap by 2023 kita akan berjaya mengatasi wabak ini. InshaAllah.
 
Kadar denda dah keluar belum? Satgi keluar denda merapu-rapu, tak ikut SOP baru yang 10 kuatkuasa tu.

Tambah2 SOP #2, premis WAJIB pastikan pengudaraan yang baik. bagaimanakah yang dikatakan 'baik' tu? Semua kena open space kot. baru baik.... satgi mai polis check restoran, pengudaraan tak baik ni... denda denda... :ROFLMAO:
 
scan2 nak masuk premis tu ley delete secara total dah....
 

Hanya satu SOP kekal dalam fasa peralihan ke endemik​

Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
HISHAMMUDDIN. FOTO arkib NSTP



Kuala Lumpur: Hanya satu prosedur operasi standard (SOP) kekal dikuatkuasakan dalam fasa peralihan ke endemik yang bermula pada 1 April ini, berbanding 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelum ini.

Menteri Kanan Pertahanan yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan SOP mengikut Akta 342 itu mengandungi 10 keperluan yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, keperluan itu adalah memakai pelitup muka di tempat awam, waktu operasi mengikut lesen perniagaan dan menjaga kebersihan tangan.

"Antara lain melakukan ujian pengesanan Covid-19 berdasarkan Strategi Pengujian Covid-19, menguruskan kes disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menggunakan MySejahtera serta MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan.

"Selain itu, memastikan penjarakan fizikal satu meter, memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi baik, memastikan kebersihan premis serta mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.

"Kesemua keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam Fasa PPN, jadi saya percaya setiap lapisan masyarakat boleh terus melaksanakannya dengan sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, sembilan garis panduan dibangunkan kerajaan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling.

Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan itu tidak akan dikuatkuasakan sebaliknya amat digalakkan untuk dipatuhi masyarakat.

Katanya, garis panduan itu berkaitan pengangkutan dan perjalanan; pendidikan dan penjagaan; aktiviti peruncitan, makanan dan minuman; ruang kerja tertutup; kawasan kerja terbuka; acara, majlis, hiburan dan tarikan pelancong; hotel dan penginapan tetamu; keagamaan, perkahwinan dan pengebumian; serta aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah.

"Bagi memudahkan orang ramai memahami lebih lanjut, satu laman sesawang sedang dibangunkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sudah di peringkat akhir.

"Ia dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April sekali gus membantu mereka membuat persiapan sebelum fasa baharu bermula," katanya yang akan memaklumkan kepada umum sebaik laman sesawang boleh diakses," katanya
 
Back
Top
Log in Register