BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,273 Kes Berjaya Diselesaikan Menerusi Mediasi Komuniti Dari 2017-2025 - Aaron

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80

1,273 Kes Berjaya Diselesaikan Menerusi Mediasi Komuniti Dari 2017-2025 - Aaron​

07555ad2c200fc54a671719ccadc94e16a6d7f86b647e

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) merasmikan Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: DARES@Komuniti Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Goh Choon Aik (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Zulkifli Hashim.


Sebanyak 1,273 kes berjaya diselesaikan menerusi mediasi komuniti dari 2017 hingga 2025, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata inisiatif itu kini disokong oleh 595 mediator komuniti bertauliah bagi membantu menyelesaikan pertikaian secara aman, cepat dan berhemah tanpa perlu membawa setiap kes ke mahkamah.

“Sebanyak 10 Pusat Mediasi Komuniti kini beroperasi di seluruh negara dengan menawarkan perkhidmatan secara percuma, manakala 12 lagi organisasi baharu dikenal pasti bagi memperluas pelaksanaannya menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

“Dialog dan mediasi komuniti perlu terus diperkukuh bagi menangani konflik, penyebaran kebencian serta defisit sosial yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: DARES@Komuniti Peringkat Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Aaron berkata kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa merupakan aset terbesar negara, namun hanya akan menjadi kekuatan sekiranya rakyat memilih persefahaman berbanding prejudis serta mengamalkan sikap saling menghormati.

“Perpaduan hari ini bukan hanya dicabar dalam komuniti fizikal, tetapi juga di hujung jari menerusi telefon pintar dan media sosial yang boleh menjadi medium penyebaran fitnah, kebencian, provokasi agama dan perkauman,” katanya.

Beliau berkata berita palsu boleh tersebar kepada jutaan orang dalam beberapa minit, sedangkan usaha untuk memperbetulkan persepsi mungkin mengambil masa berhari-hari atau bertahun-tahun.

Sehubungan itu, katanya, negara memerlukan lebih ramai ejen perpaduan digital yang memilih fakta berbanding fitnah, empati berbanding emosi serta dialog berbanding provokasi.

 
Back
Top
Log in Register