BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arkib Komuniti Berjaya Tingkat Kesedaran Pelihara Sejarah - Aaron

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Arkib Komuniti Berjaya Tingkat Kesedaran Pelihara Sejarah - Aaron​

7947060656c3b2e63b8cfad457c2c0706a265afbb93e2

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Persidangan Southeast Asia-Pacific Audiovisual Archive Association (SEAPAVAA) Ke-30 hari ini.

Inisiatif Arkib Komuniti di Malaysia dilihat berjaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa memelihara sejarah ialah tanggungjawab bersama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata inisiatif berkenaan menjadi amalan terbaik dengan banyak rekod sejarah berharga yang masih wujud dalam komuniti seperti album keluarga, koleksi kampung, persatuan tempatan, rumah ibadat, sekolah, dan koleksi peribadi didokumentasikan.

“Kita telah pun mengadakan program ini selama beberapa tahun dan sambutan amat memberangsangkan, seperti yang saya katakan tadi, dalam dua, tiga tahun ini kita telah mendapat lebih 300,000 bahan daripada komuniti untuk didokumentasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Arkib AudioVisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) ke-30 tahun ini, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Zaidin Mohd Noor dan Presiden SEAPAVAA Karen Chan.

Sementara itu, Aaron dalam ucapan alu-aluannya berkata institusi negara memainkan peranan penting dalam memelihara warisan dokumentari dan tanggungjawab itu tidak boleh bergantung pada kerajaan dan profesional arkib semata-mata, sebaliknya masa depan pemeliharaan arkib turut bergantung pada penyertaan komuniti yang aktif.

"Sehubungan dengan itu, saya menggalakkan komuniti di seluruh Asia Tenggara dan Pasifik untuk menyertai secara aktif dalam mendokumentasikan dan memelihara sejarah tempatan, tradisi dan koleksi kenangan mereka. Apabila pemeliharaan menjadi tanggungjawab bersama, arkib kita akan menjadi lebih kaya, lebih inklusif, dan lebih mewakili kepelbagaian masyarakat," katanya.

Berhubung kecerdasan buatan (AI), Aaron berkata teknologi itu dilihat amat membantu dalam mengubah aliran kerja arkib kerana teknologi berkenaan dapat mengenal pasti wajah, objek, lokasi dan acara bersejarah secara automatik dalam koleksi besar.

"Alat pembelajaran mesin ini dapat membantu juruarkib mengkatalogkan sejumlah besar kandungan digital yang sebelum ini memerlukan tempoh bertahun-tahun sekiranya diproses secara manual.

"Teknologi pemulihan yang canggih juga memberikan nafas baharu kepada bahan yang rosak. Pemulihan yang dibantu AI dapat menghilangkan calar pada filem, meningkatkan kejelasan audio, membuat semula rakaman yang kurang berkualiti, dan menambah baik rakaman bersejarah sambil mengekalkan keasliannya," katanya.

 
Back
Top
Log in Register