BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.2 hektar hutan terbakar

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
KUANTAN – Satu kebakaran hutan dikesan berlaku di bukit berdekatan Taman Perumahan Bukit Rangin membabitkan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar di Jalan Kuantan-Bypass di sini, malam kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Saadon Razali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 8.16 malam.

Menurutnya, tujuh anggota bersama sebuah jentera mengambil masa kira-kira dua jam untuk memastikan kebakaran berkenaan tidak merebak sehingga ke tepi lebuh raya.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran itu kerana keadaan fizikal hutan yang berbukit bukau serta api merebak cepat berikutan cuaca yang kering.

“Bagaimanapun kebakaran itu berjaya diatasi daripada merebak terus ke kawasan hutan terutamanya yang berhampiran dengan kawasan perumahan berdekatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu berlaku.

Saadon juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka semasa keadaan cuaca kering ketika ini.

“Perbuatan tersebut berkemungkinan boleh mengundang kejadian kebakaran besar hingga mengancam nyawa serta memusnahkan banyak harta benda.

“Malah faktor cuaca kering dan berangin sekarang ini boleh menyebabkan pembakaran kecil mudah merebak ke kawasan lain,” katanya.
 
La kt bukit rangin rupanya..Syabas kepada pihak bomba kerana cepat bertindak sebelum tiada nyawa melayang!
 
Back
Top
Log in Register